Tuesday, September 4, 2018

Butik Auralisha Bridal & Hijab


Butik Auralisha Bridal & Hijab.

Lokasi : Tingkat 1, Giant Ulu Kelang, Taman Permata.
Waktu operasi : 10 am - 9.30 pm

Perkhidmatan:

1. Sewa busana pengantin
2. Sewa aksesori
3. Tempahan baju
4. Jualan veil, aksesori
5. Jualan tudung, khimar, jubah, baju kurung, baju melayu








Wednesday, August 8, 2018

Busana Pengantin Auralisha

Pengantin dan busana tak dapat dipisahkan.

Bohong la kalau pengantin tak nak pakai baju cecantik kann. Ada ke yang sanggup pakai baju raya buat kahwin? Kalau baju nikah buat baju raya, ok lagi.

Ok la tak nak membebel panjang. Cuma nak bagitau pasal OFFER BESTTT dari
BUTIK AURALISHA. Baca kat bawah ye. 😊

Sewa Pakej Busana
Harga biasa = RM850
OFFER hingga 30 September 2018 = RM700 SAHAJA

Apa yang dapat?
👉 Sepasang baju lelaki
👉 Sepasang busana perempuan
👉 Aksesori lelaki - sampin, tanjak, brooch, keris
👉 Aksesori perempuan - tudung, veil, kasut (saiz sedia ada), rantai, bunga tangan artificial
👉 1 set payung
👉 1 set bantal nikah
👉 Freegift
👉 Free membership Auralisha

Baju BARU sedia ada.
Saiz M - boleh kecilkan jadi S dan besarkan jadi L.

Tempoh sewa 4 hari. Kalau nak bawa balik kampung pun boleh, extra 1 hari kami caj RM5.

Ini antara contoh busana. Baju lelaki belum ada model yang nak gayakan. Sila jamu mata ye. 😊



Ada lagi fesyen lain kat Butik Auralisha. Belum ada model pakai. 😊

Kalau nak tempah baju nikah pun boleh. Harga special kami bagi.

Jumpa di butik nanti ye. Jangan segan² singgah. InsyaAllah anda akan dilayan dengan mesra.😁

Butik Auralisha Bridal & Hijab
Tingkat 1,
Giant Ulu Kelang,
Taman Permata.
03-41624177

Saturday, July 21, 2018

Pengantin + Veil

Selamat malam.

Kejap ada, kejap takde. Macam biskut pulak. Hihi

Kali ni akak nak bagi tips untuk bakal pengantin yang sedang berkira-kira nak cari veil.
Baca kat bawah ni ye.

1. Pakai dress meleret, elakkan pakai veil panjang yang meleret juga.
2. Berbaju songket atau full lace, lebih cantik pakai veil net.
3. Pakai gown ala princess, lebih cantik veil paras pinggang.
4. Busana heavy dengan manik, labuci, lebih manis kenakan veil simple.
5. Badan kecil molek, lebih cantik pakai veil bersaiz S. Tak perlu labuh bawah paras punggung.
6. Jika beli kain lace untuk tempah baju nikah, simpan lebihan lace untuk buat veil. Boleh minta tailor jahit terus. Kalau tailor tak boleh buat, Butik Auralisha boleh buatkan.
7. Jika suka gaya macam artis, boleh pakai veil horsehair.

Sekian, ada masa sambung lagi. 😊
Sila tekan button 'share' kalau bermanfaat.

Wednesday, July 11, 2018

Kenangan dulu-dulu

Throwback zaman kerja dulu, asyik bergambar kat Pameran Pengantin, sampai jemu bergambar. Tunjuk sikit je la...hihi. Nampak tak budak kecik tu? Gambar bawah masa umur 3 tahun, tumpang model fotoshoot. Sekarang dah 8 tahun, malu tapi suka fotoshoot. 😊






Friday, July 6, 2018

Bidang terjun

Biarlah saya membahasakan diri akak ye, sama macam dalam fb. Boleh follow akak di fesbuk ye..nama diberi, Wan Saliha binti Wan Husin (Saliha-Auralisha). 😊

Nak cerita pasal bidang terjun.
Kenapa bidang terjun?

Sebab akak terjun dalam perniagaan ni tanpa dirancang pada tahun 2009. Sekadar membantu perniagaan milik keluarga suami.

Berbekalkan sedikit kemahiran menjahit yang ada pada akak, akak diberi kepercayaan uruskan pakaian pengantin di samping kerja-kerja pentadbiran.

Pada awalnya kami sediakan pakej pelamin, busana, make up dan hantaran.


Ada pengalaman ke sebelum ni?

Tak ada...yang ada cuma pengalaman tolong hias bilik pengantin kakak abang masing-masing. Hihi, ramai orang ada pengalaman ni, kan. Jahit baju pengantin lagi tak ada. Buat hantaran tu ada jugak, sebab minat ke arah tu. 😊

Apa yang kami buat?

Kami yang perempuan dihantar masuk kelas make up, sampai mahir dan ada konfiden untuk make up orang lain. Kerja ni akak tak buat tapi adik ipar buat sebab dia lebih berbakat bab make up.

Kami kerja sambil belajar semua berkaitan pakej yang disediakan. Kami dihantar menyertai Pameran Pengantin untuk promosi dan cari pengalaman. Di sini banyakkk sangat pengalaman baru dikutip. Alhamdulillah, makin lama kami makin yakin dan seronok dengan kerja ni.

Itulah kisahnya. Sekian dulu, jumpa lagi. 😊

Thursday, July 5, 2018

Di sini kami berkampung.


Butik Auralisha Bridal & Hijab, Tingkat 1, Giant Taman Permata, Ulu Kelang. Masuk ikut pintu food court, jalan ke tangga, naik tangga belok kanan. Di sinilah kami berkampung. 😊




Sebahagian keluarga dan sahabat yang berkunjung sebelum dan semasa majlis pembukaan pada Jan lepas.

Salam perkenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebagai pengenalan, saya ingin perkenalkan diri terlebih dahulu.

Nama penuh Wan Saliha binti Wan Husin. Berasal dari Besut, Terengganu dan sekarang menetap di KL.

Sekarang saya menjalankan perniagaan busana pengantin dan hijab bersama suami, di Butik Auralisha Bridal & Hijab yang bertempat dalam Giant Superstore Ulu Kelang, Taman Permata.

Sebelum membuka perniagaan ini, saya dan suami bekerja di Butik Aura Raja Sehari, milik AR Brothers Sdn Bhd iaitu syarikat milik keluarga suami. Selepas 8 tahun menimba pengalaman dalam bidang perkahwinan, kami mengambil keputusan mengembangkan kemahiran kami dengan membuka perniagaan sendiri dengan jenama Auralisha.

Bergambar bersama model pengantin, Zahnita, model cilik Alisha dan staf Auralisha. Penulis berbaju hijau.

Butik Auralisha secara rasminya telah dibuka pada Jan 2018. Perniagaan kami fokus pada sewa busana pengantin, sewa aksesori pengantin, tempahan baju nikah dan jualan hijab. Semua urusan beroperasi di butik.

Di sini saya akan berkongsi pengalaman sepanjang menjalankan perniagaan butik pengantin, berkongsi tip-tip untuk bakal pengantin dan lain-lain hal berkaitan kekeluargaan, insyaAllah. Sebelum ni saya ada berkongsi banyak perkara melalui facebook dan kini ingin mencari pengalaman baru sebagai blogger.

Moga pembaca dapat manfaat daripada apa yang akan saya sampaikan.
Jumpa lagi. 😊

TAHUN BARU HIJRAH 1443

  Gambar hiasan Assalamualaikum w.b.t. Lamanya tinggalkan ruang ni. Mungkin ini kesan dari pandemik covid19 yang masih menguasai seluruh dun...