Tuesday, March 19, 2019

Lelaki & Wanita, siapa lebih teliti?

Persoalan siapa lebih teliti, lelaki atau wanita?

Sifat teliti atau dengan istilah lain, cerewet biasanya lebih pada wanita. Lelaki juga banyak yang cerewet, malah dalam setengah keadaan lelaki lebih cerewet dari wanita.

Ini bukan andaian semata-mata.
Berdasarkan pengalaman mengendalikan bakal pengantin sejak tahun 2009, kebanyakan pasangan yang datang, orang lelaki hanya serah urusan kerja kahwin pada pasangannya. Bila diminta bagi pendapat, gitu-gitu je la. Padanya ok la tu.

Berbeza dengan wanita, setiap inci dipersoal. Itu biasa. Memang patut ambil tahu maklumat lengkap pasal pakej kahwin kan, takut tertipu.

Dalam 10 pasangan, ada 1 pasangan yang lelaki lebih teliti. Wanita hanya ikut cakap lelaki, nak bagi pendapat pun tak berani. Hihi..

Begitu la kisahnya. Kalau nak cerita semua, boleh buat novel pulak.

Anak ketagih gajet, apa nak buat?

"Ummi, nak kertas 1." Dah bagi, kejap lagi datang lagi.

"Nak 1 lagi." Ambik la, janji dia tak pegang henfon lama-lama.

Gitu la suasana kat ofis/butik ummi Alisha ni haa. Sorang-sorang tak ada kawan, macam tu la. Kalau tak kacau ummi dia, ada la projek dia dengan kertas2 tu. Berlambak-lambak buat buku2 kecik. Tak kisah la bersepah, biar je dia berkreativiti sendiri. Ada masa dia melukis, mewarna. Itu je la budak 9 tahun tahu buat. 

Zaman sekarang ni budak-budak tak boleh berpisah dengan gajet. Kalau Alisha, henfon ummi dia jadi mangsa. Tak nak bagi langsung pun tak boleh, nanti stress pulak.

Hari sekolah, 7 pagi - 5.30 petang ada kat sekolah. Balik sekolah bagi juga sekejap untuk dia release tention. Itupun depan mata, sambil tunggu ummi & abi habis kerja. Kena pantau apa yang ditengok. Kadang2 ummi joint sekali sambil sembang dengan dia. Bukan apa, nak tahu dia selalu tengok apa. 

Ada masa dia curi2 ambil fon, kalau nampak cepat2 tahan. Cakap tak boleh lama. Lepas tu cerita la pasal kesan kalau tengok fon lama sangat. "Nanti otak panas, belajar tak pandai, nak ke?" Dia pun tak berani sebab dia nak jadi budak pandai.

Kalau ada berita pasal anak2 yang ketagih gajet, mesti cerita kat dia biar dia faham.

Syukurlah kerja sendiri, boleh pantau anak sambil buat kerja. Masa main @ belajar memang kena fokus kat dia. Dia pulak tak bagi ummi dia layan wasap ke apa.

Macam ni la mak anak sorang. Orang lain mungkin lain cara nak halang anak dari ketagih dengan gajet.
Kita sebagai ibu bapa kena korbankan masa layan anak sementara mereka nak besar. Biarlah penat sikit, asalkan tak menyesal di kemudian hari.

Gambar hiasan, hasil kerja tangan Alisha.

Sekadar perkongsian.

Panduan buat bakal pengantin

Adik-adik yang nak kahwin, seeloknya buat survey dulu pasal pakej kahwin yang nak diambil. Pasal baju saja boleh jadi 1 novel, sebab banyak sangat info yang kena ambil tahu. Pak cik gugel kan ada..😉

Nak kahwin punya cerita.
Dah beli kain, dah tempah jahit baju pengantin. Last, sewa baju. Kenapa jadi macam tu? Baju tak cantik, jahit tak jadi macam yang dia nak. Aduh! Kesian jugak. Banyak habis duit tu.

Cerita lain pulak.
Dah ambil pakej kahwin lengkap, termasuk baju. Fitting last minit, baju kurang memuaskan. Esok dah majlis. Cari baju sewa lain kat butik berdekatan tapi tak ada saiz. Akhirnya, redho je pakai baju yang tak berkenan tadi.


Lagi satu cerita.
Pasangan yang ambil pakej murah, lengkap semua ada. Baju yang diberi tak memuaskan hati pengantin. Sanggup sewa baju lain dengan harga RM600.


Berhati-hati juga dengan pakej murah. Tengok dulu apa yang dapat.

Sekadar pandangan dari sisi seorang wedding consultant. Gambar sekadar hiasan.


Thursday, March 14, 2019

Bagaimana WANITA menangani STRESS?

Begitulah lebih kurang isu yang perlu dikupas & diolah oleh ahli #SrikandiInspirasi atau #SICircle dalam tugasan pertama.
.
Saya bukanlah orang yang sesuai untuk bagi pendapat tentang cara tangani stress, sebab diri sendiri pun adakala tumbang juga. Saya cuba share cara sendiri & pendapat sahabat2 lain serta tambahan info dari laman web.
.
Sebelum ni saya pernah tulis secara ringkas pasal stress ni. Semua orang terdedah dengan stress. Tapi kali ni saya fokus pada wanita, orang lelaki jangan marah ye. ðŸ˜Š Saya sendiri belajar kawal emosi dari seorang lelaki.
.
Wanita, baik pelajar, surirumah, berkerjaya, lady boss, semua terdedah dengan tuntutan yang kadang2 melebihi kemampuan dirinya. Fizikal, emosi & mental tak seimbang, tu yang jadi stress.
.
Cara tangani stress bergantung pada level mana stress kita & lain cara hidup seseorang, lain pendekatannya. Apa yang penting, cari punca stress dulu.
.
Berikut adalah antara cara tangani stress yang dikongsi oleh sahabat2 saya dari group & kebanyakan wanita hebat melakukan hal yang sama.
.
1 - Jangan dekati media sosial. Tolong jangan cuba menulis kat fb masa tengah stress. Biasa dengar orang cakap 'meroyan' kan?
.
2 - Cari tempat tenang, lihat alam, ingat waktu kita tengah happy. Ini kena belajar dengan ahli terapi.
.
3 - Menangis sepuas-puasnya. Dah namanya wanita, tak sah kalau tak nangis. Lepas nangis baru lega.
.
4 - Kemas rumah. Antara cara yang boleh buat diri lebih tenang. Tak perlu percaya tapi kena cuba.
.
5 - Sediakan 1 buku khas. Masa tengah stress, tulis semua kat situ. Seolah sedang luahkan pada Allah & ingatlah Allah sentiasa bersama kita.
.
6 - Ceritakan pada orang yang dipercayai, lepaskan & cari solusi. Jangan asyik fikir pada masalah tapi cari penyelesaian.
.
7 - Teknik pernafasan. Tarik nafas dalam2, kosongkan fikiran. Lepaskan perlahan-lahan ibarat lepaskan segala kekusutan. Ulang beberapa kali. Ini juga perlu tunjuk ajar ahli terapi.
.
8 - Bersedekah dengan penuh tawakkal.
.
9 - Banyakkan istighfar, cakap pada diri sendiri, kita kuat.
.
Ingatlah Allah sentiasa menguji hambaNYA mengikut kemampuan hambaNya. Belajar kawal emosi & bertenang dalam apa jua keadaan.
.
Moga perkongsian ini memberi manfaat pada yang sedang stress. Sila share supaya semua wanita dapat manfaat.
.
WSH

TAHUN BARU HIJRAH 1443

  Gambar hiasan Assalamualaikum w.b.t. Lamanya tinggalkan ruang ni. Mungkin ini kesan dari pandemik covid19 yang masih menguasai seluruh dun...