Begitulah lebih kurang isu yang perlu dikupas & diolah oleh ahli #SrikandiInspirasi atau #SICircle dalam tugasan pertama.
.
Saya bukanlah orang yang sesuai untuk bagi pendapat tentang cara tangani stress, sebab diri sendiri pun adakala tumbang juga. Saya cuba share cara sendiri & pendapat sahabat2 lain serta tambahan info dari laman web.
.
.
Sebelum ni saya pernah tulis secara ringkas pasal stress ni. Semua orang terdedah dengan stress. Tapi kali ni saya fokus pada wanita, orang lelaki jangan marah ye. 😊 Saya sendiri belajar kawal emosi dari seorang lelaki.
.
.
Wanita, baik pelajar, surirumah, berkerjaya, lady boss, semua terdedah dengan tuntutan yang kadang2 melebihi kemampuan dirinya. Fizikal, emosi & mental tak seimbang, tu yang jadi stress.
.
.
Cara tangani stress bergantung pada level mana stress kita & lain cara hidup seseorang, lain pendekatannya. Apa yang penting, cari punca stress dulu.
.
.
Berikut adalah antara cara tangani stress yang dikongsi oleh sahabat2 saya dari group & kebanyakan wanita hebat melakukan hal yang sama.
.
.
1 - Jangan dekati media sosial. Tolong jangan cuba menulis kat fb masa tengah stress. Biasa dengar orang cakap 'meroyan' kan?
.
2 - Cari tempat tenang, lihat alam, ingat waktu kita tengah happy. Ini kena belajar dengan ahli terapi.
.
3 - Menangis sepuas-puasnya. Dah namanya wanita, tak sah kalau tak nangis. Lepas nangis baru lega.
.
4 - Kemas rumah. Antara cara yang boleh buat diri lebih tenang. Tak perlu percaya tapi kena cuba.
.
5 - Sediakan 1 buku khas. Masa tengah stress, tulis semua kat situ. Seolah sedang luahkan pada Allah & ingatlah Allah sentiasa bersama kita.
.
6 - Ceritakan pada orang yang dipercayai, lepaskan & cari solusi. Jangan asyik fikir pada masalah tapi cari penyelesaian.
.
7 - Teknik pernafasan. Tarik nafas dalam2, kosongkan fikiran. Lepaskan perlahan-lahan ibarat lepaskan segala kekusutan. Ulang beberapa kali. Ini juga perlu tunjuk ajar ahli terapi.
.
8 - Bersedekah dengan penuh tawakkal.
.
9 - Banyakkan istighfar, cakap pada diri sendiri, kita kuat.

Ingatlah Allah sentiasa menguji hambaNYA mengikut kemampuan hambaNya. Belajar kawal emosi & bertenang dalam apa jua keadaan.
.
.
Moga perkongsian ini memberi manfaat pada yang sedang stress. Sila share supaya semua wanita dapat manfaat.
.
.
Terima kasih sahabat SICircle yang bagi idea, Puan Dhuha Rashidi, Wan Rohaniah Wan Abdullah, Anys Idayu Zakaria, Ayushida Mohd Don, Sariah Awang Senik, Nur Syawana Bte Murad, Effy Sueffy, Zaishaera Bte Zakaria Zai.🌹
.
.
WSH
No comments:
Post a Comment