Thursday, April 18, 2019

Cerita si kecil

Anak sekecil ini tak mengerti apa-apa. Dia hanya gembira dengan dunianya. Menangis bila lapar dan dahaga. Menangis bila ibu tiada di sisi. Menangis bila ayah tinggalkan seketika.




Kurniaan Ilahi yang tak ternilai. Amanah Allah yang wajib dijaga sepenuhnya. 6 tahun menanti kehadiran. Hadirnya ia ditatang bagai minyak yang penuh. Alhamdulillah syukur pada Ilahi berpeluang menjaga dan menguruskan sendiri suami isteri.




Sejak berumur 1 tahun, sudah biasa dibawa ke pameran pengantin, ikut Ummi dan Abi bekerja. Ceria sepanjang masa. Minat beraksi gaya model. Makin besar, sifat mula berubah. Pemalu orangnya. Tapi suka beraksi depan fotografer. Kini sudah 9 tahun usianya. Itu lah Alisha.






Gambar kenangan bersama Amira Rusli sewaktu majlis perasmian Butik Aura Raja Sehari di Kota Damansara, tahun 2015.

Ayuh BANGKIT

Wanita yang kuat tak mudah mengalah.
Biar pun lelah, dia tetap melangkah.

Tak perlu tunduk dengan emosi
Belajar kawal diri.

Emosi boleh datang tiba-tiba
Boleh pergi lepas semua terasa

Menangislah sepuas hati
Jangan sampai lupa diri

Ingat pada yang Esa
Kerna Dia yang memberi rasa

Tak perlu lama sangat berduka
Kerna kita punya cita-cita yang perlu diteroka

Ayuh bangkit wanita
Jangan hanya bergantung pada lelaki


Sekadar kongsi pengalaman

Kita tak faham selagi tak merasai.

Contoh:

Berniaga dengan buka premis, dalam mall pulak. Orang tak niaga tak faham apa yang berlaku. Benar kata sahabat, orang hanya tahu komplen, kami yang niaga menanggung rasa.

Ada premis perlu bayar lesen. Premis dalam mall, perlu ikut segala peraturan mall. Waktu operasi, waktu angkut barang. Nak buat majlis/event perlu inform pengurusan. Buka lewat kena denda. Tutup awal pun denda. Tak bayar sewa lagi merana.

Bayaran promosi dah diambil dalam sewa. Untung atau rugi tetap kena bayar. Pelanggan walk in boleh dikira. Nak salahkan pengurusan tak buat kerja, bergaduh tak guna. Big company tak apa, bayar saja walau untung tiada. Peniaga kecil juga yang ditertawakan mereka. Kontrak dah sign tak boleh tarik balik. Suka atau tak tunggu saja bulan jatuh ke riba.

Nak buat promosi perlu daftar dengan KPDNKK, bukan boleh sesuka hati letak 'SALE' / 'JUALAN MURAH'. Kalau tak daftar, ada yang dengki buat report. Pegawai datang bawa guni. Kalau pandai diskusi boleh lepas, kalau tak...siap sedia barang kena rampas.

Itu baru satu bab yang tak pernah peniaga cerita pada orang luar.
Pelanggan datang komplen itu mahal ini mahal. Minta diskaun berganda walau dah buat sale. Dah buat sale ada yang gelakkan. Kenapa? Ada cerita lain.

Kenapa perlu sewa kedai dalam mall?

Ada bisnes hanya boleh buat dari rumah. Yang pandai marketing online dok ceruk mana pun boleh niaga. Sebab tak pandai online le buka kedai, kata seorang rakan bisnes pada suami suatu ketika dulu. Betul juga.

Buka kedai dalam mall dengan harapan ramai orang walk in. Lokasi strategic ok, walau mahal peniaga sanggup bayar.

Cukup la satu contoh. Mungkin boleh jadi panduan buat yang berhajat nak niaga dalam mall. Banyak perkara diambil kira. Boleh risik² peniaga @ orang yang ada pengalaman dulu sebelum mula.
Itulah yang kami rasa. 

Sekadar perkongsian.

- Dulu Butik Auralisha dalam mall 

Check list persiapan kahwin

Pejam celik, kejap je dah nak masuk Ramadhan. Lepas puasa dah raya. Yang nak buat majlis #kahwin lepas raya tu, dah tak fikir baju raya semestinya. ðŸ˜„

Tengah sibuk buat checklist le tu...hmmm, tengok senarai ni kut-kut ada yang tertinggal.
1. Borang nikah
2. Khemah / dewan
3. Makanan / katering
4. Jemputan
5. Pelamin
6. Hiasan bilik tidur
7. Baju nikah / sanding / bertandang
8. Make up - nikah / sanding / bertandang
9. Bantal nikah / aksesori
10. Barang hantaran / dulang
11. Door gift / bunga telur
12. Baju bridesmaid
13. Baju family
14. Fotografer
15. PA sistem & DJ
16. Penanggah @ 'jong kako' - Klate/Tganu - pakej sendiri ðŸ˜ƒ

Banyak pulak senarainya. ðŸ˜„
Tak semestinya semua kena lengkap, hanya pilih ikut bajet & kesesuaian. 
Ada orang bajet terlebih, ada lagi tambahannya.
Belanja biar berpada-pada, pilih yang berkat. 

Di Butik Auralisha hanya ada servis untuk no. 7, 8, 9, 12 & 13.
Jenguk la page Auralisha Bridal & Hijab. 

Sunday, April 7, 2019

Persediaan menjadi ratu sehari

Bakal pengantin sangat titikberatkan soal pakaian.

Untuk majlis kahwin perlukan sekurang-kurangnya 3 persalinan. Tambah 1 lagi untuk majlis bertunang. Kalau bertunang hari sama, cukup 3 sahaja.

1 baju nikah
1 baju sanding/majlis kahwin
1 baju bertandang

Pening juga nak fikir pasal bajet ye. Belum masuk bajet make up & aksesori lagi. Hanya untuk diri pengantin.😊

Ada setengah orang, tak kisah pakai yang sedia ada dalam pakej kahwin. Tak perlu pening kepala nak tempah baju atau sewa baju lain lagi.

Ada juga yang nak ikut citarasa sendiri. Kalau mampu apa salahnya berbelanja lebih untuk majlis sendiri. Ni kira reward jugak la, dah penat kerja cari duit. Bagi 1 hari istimewa yang boleh jadi kenangan seumur hidup. Dengan doa & harapan sekali je la majlis kahwin. ðŸ˜Š

Walau apapun perancangan, jangan sampai berhutang dengan bank untuk majlis gilang gemilang. Buat ikut kemampuan, biar ada berkat.

Hutang hanya mengundang masalah di kemudian hari. Biar sederhana asal bahagia. ðŸ˜Š

Moga Auralisha boleh sediakan pakej sewa busana untuk nikah, sanding & bertandang dengan harga mampu milik. InsyaAllah.




Jangan susah hati...

"Stressnya!"

"Kenapa Milah?" Tanya Mak Tijah.

"Milah cari tailor nak jahit baju nikah ni tapi semua reject. Mana nak cari ni mak?" Milah dah serabut.

"Beli je baju nikah yang dah siap, kat online kan banyak." Mak Tijah bagi cadangan.

"Mak...kain dah beli, takkan nak beli baju pulak. Rugi la macam ni." Jawab Milah.

"Cuba la kau cari kat apa tu..yang selalu kau tengok tu..fesbuk ke apa? Selalu pandai kau cari apa² kat henfon tu." Kemain Mak Tijah cakap pasal fesbuk.

"Aah la...pandai mak sekarang. Milah lupa. Jap nak search." Sambil jari ligat menari kat henfon.

Pergi dekat search, taip..tempahan baju nikah KL.

"Haa...ada ni, Butik Auralisha di Taman PermataUlu Kelang. Dekat je ni. Nak tanya la."
Milah terus tekan link wasap.


Wasap dibalas,
"Terima kasih kerana hubungi kami. Untuk makluman, tempahan baju untuk 2 minggu selepas raya diterima."

"Alhamdulillah ada yang terima tempahan. Esok kita pergi ye mak." Baru lega Milah. Baru boleh senyum.

Mood wanita mudah bertukar

Kita orang perempuan ni, mood mudah bertukar, cepat emosi.

Seharian ceria, tiba-tiba bila ada yang tak kena boleh bertukar mendadak. Jadi sedih, geram, marah & yang kronik bila perasaan bercampur baur.

Ada orang kata sebab perubahan hormon la, waktu bulan mengambang la, macam-macam la.

Ada setengah wanita, senang swis mood bila berhadapan dengan orang.
Ada pula terbawa-bawa emosi, mula jadi panas baran, serba tak kena.

Itu la sifat wanita. Mula berubah sifat dari lemah lembut jadi kasar bila ada sesuatu mengusik fikiran atau lelah yang tak terluah macam kata sahabat facebook, Mami Effy Sueffy.

Ubat mujarab adalah REHAT. Kalau tak ok lagi, ambil pen tulis apa yang terpendam dalam kertas, lepas tu buang kertas tu. Jangan disimpan. Ini tips saya dapat dari Puan Dhuha Rashidi.

InsyaAllah, lepas tu baru boleh SENYUM.

Wednesday, April 3, 2019

Wanita hebat inspirasi hidupku

Wanita hebat bukan terletak pada pencapaian dalam berbagai bidang semata-mata.

Hebat bila tenang menempuh hidup susah. 
Hebat bila dapat menahan air mata dari tumpah.
Hebat bila bersabar saat jiwa hampir musnah.

Rahsia tersimpan kemas dalam kotak memori. 
Terluah hanya bila diminta. Riak wajah tenang bercerita. 
Yang mendengar menahan sebak di dada.

Itulah mak kita. Penuh cerita duka bila diuji dengan kehilangan anak kecil satu persatu.
Anak ke-6 diminta saudara untuk dibuat anak angkat. Tak diberi takut hubungan saudara terputus. Terpaksa merelakan, janji terikat.

Umur anak tak panjang. Hanya sempat kenal dunia 10 hari. Pergi dijemput Ilahi sebab masalah usus. Mak sedih tapi redha. Bila mak tak menangis hari kematian, dikatakan jiran tak sayang anak. Mak sabar telan kata-kata jiran.

Setahun kemudian lahir lagi seorang bayi lelaki. Saudara datang tuntut janji untuk ambil lagi sebab yang sebelum ni tak jadi. Ayah terpaksa lepaskan dengan syarat selalu bawa balik, jangan tukar bin, jangan pisahkan dengan adik beradik. Janji termeterai sekali lagi.

Mak & kakak sulung banyak simpan cerita. Mak hampir meroyan. Kakak berkurung dalam bilik, menangis tak berlagu.

Allahu...sebak dengar cerita. 

Cerita sedih beransur seketika lepas lahir anak ke-7 setahun kemudian. Perempuan, W. Saliha diberi nama (penulis). Tiga tahun kemudian, sebulan sebelum lahir anak ke-8, mak diuji lagi. Arwah ayah meninggal. Al-fatihah.

Bermula episod baru hidup mak sekitar tahun 1978.

Mak pernah kahwin lagi tapi biarlah rahsia.

Alhamdulillah kini mak bahagia dengan anak cucu cicit yang hampir 90 orang jumlahnya.
Besarnya pengorbanan mak kita. Beliaulah wanita hebat di mata anak- anak yang menjadi sumber inspirasi.

Tuesday, April 2, 2019

Kerja Kahwin

Gambar hiasan. Sumber: Google

Buat kerja kahwin macam nak niaga juga. Macam² perancangan dibuat & berdepan dengan banyak pihak. Bukan mudah.

Biasanya ucapan doa mengiringi pengantin. Dalam suka ada duka bila ada yang membawang terdengar pada yang empunya diri.

Nak jadi pengantin & keluarga pengantin perlu bersedia dengan mental yang kuat.
Hadapi dengan tabah. Tak perlu bermasam muka. Tak perlu merajuk panjang. Apalagi putuskan silaturrahim dengan keluarga.

Kita semua sama. Kita rasa betul, orang lain kata salah.

Kerja kahwin ni banyak orang tak tahu & tak ambil tahu pasal adat. Terutama bila pasangan orang jauh, berlainan adat & budaya.

Ada yang tak kisah pasal adat. Buat yang wajib sahaja. Ada yang terlalu ambil kisah pasal adat. Ada yang mahu semua sempurna hingga abaikan pandangan orang. Ada yang tak tahu & buat majlis sekadar yang tahu.

Tak kisah apapun, yang penting jaga hubungan dengan keluarga. Andai terjadi salah faham, segera selesaikan. Jangan pendam sampai jadi dendam 7 keturunan. Allahu, bukan itu yang dicari.

Kerja kahwin perlu ada berkat. Mahu bina masjid hingga akhir hayat. Hikmah adakan majlis supaya ukhuwah berpanjangan, silaturrahim disambungkan.

Kita yang jadi tetamu juga, elakkan dari mengata, membawang itu ini tak betul. Diam lebih baik dari banyak bercakap.

Dapat sesuatu?

Peringatan untuk diri sendiri juga sebagai orang lama yang punya anak dara, yang punya ramai anak saudara, yang selalu dengar cerita. 

Sekian coretan dari akak bridal. Moga bermanfaat buat bakal pengantin & kita semua yang dewasa.

😊😊

Kisah silam

"Pinggan tu dari zaman gemuloh wea (arwah ayah) lagi." Mak memulakan cerita pasal arwah ayah, sambil dok perati aku masak.

Aku bongsu perempuan daripada 8 beradik. Cerita pasal arwah ayah tak banyak aku tahu. Nak korek cerita dari abang kakak bukan mudah bila jumpa hanya seketika.

Lama juga tak dapat peluang bersembang cerita dulu² dari mak sebab balik kampung sesekali, suasana tak mengizinkan bila sibuk jalan sana sini. Mak pula tak menetap di sini, banyak tempat tinggal dia (rumah anak).

"Gemuloh Wea tukang jahit sebelum kerja pejabat haiwan. Mak pun jahit jugok. Mesin jahit so sore. Hok tu mesin Wea, mesin mak tak dok doh." Sambung mak sambil tunjuk mesin jahit usang di penjuru dapur.
Pasal mak & arwah ayah jahit tu aku tahu cuma tak tahu sejauh mana serius.

Rupanya baru aku tahu, arwah ayah tailor baju lelaki, mak jahit baju perempuan. Tak heran la anak² mak semua pandai jahit. Sekarang ni cucu dia betul² ikut macam arwah ayah, Wan's Tailor Wan Faiz. Dia pun baru tahu kisah ni rasanya.
😊
Banyak nostalgia kami di rumah mak. Kini dah jadi rumah adik & tempat berkumpul adik beradik.
Banyak lagi cerita mak. Teringin nak bukukan untuk santapan cucu cicit beliau.
InsyaAllah. Moga dipermudahkan.

Copy paste dari fb Wan Saliha Wan Husin.

TAHUN BARU HIJRAH 1443

  Gambar hiasan Assalamualaikum w.b.t. Lamanya tinggalkan ruang ni. Mungkin ini kesan dari pandemik covid19 yang masih menguasai seluruh dun...