Sunday, April 7, 2019

Persediaan menjadi ratu sehari

Bakal pengantin sangat titikberatkan soal pakaian.

Untuk majlis kahwin perlukan sekurang-kurangnya 3 persalinan. Tambah 1 lagi untuk majlis bertunang. Kalau bertunang hari sama, cukup 3 sahaja.

1 baju nikah
1 baju sanding/majlis kahwin
1 baju bertandang

Pening juga nak fikir pasal bajet ye. Belum masuk bajet make up & aksesori lagi. Hanya untuk diri pengantin.😊

Ada setengah orang, tak kisah pakai yang sedia ada dalam pakej kahwin. Tak perlu pening kepala nak tempah baju atau sewa baju lain lagi.

Ada juga yang nak ikut citarasa sendiri. Kalau mampu apa salahnya berbelanja lebih untuk majlis sendiri. Ni kira reward jugak la, dah penat kerja cari duit. Bagi 1 hari istimewa yang boleh jadi kenangan seumur hidup. Dengan doa & harapan sekali je la majlis kahwin. 😊

Walau apapun perancangan, jangan sampai berhutang dengan bank untuk majlis gilang gemilang. Buat ikut kemampuan, biar ada berkat.

Hutang hanya mengundang masalah di kemudian hari. Biar sederhana asal bahagia. 😊

Moga Auralisha boleh sediakan pakej sewa busana untuk nikah, sanding & bertandang dengan harga mampu milik. InsyaAllah.




No comments:

Post a Comment

TAHUN BARU HIJRAH 1443

  Gambar hiasan Assalamualaikum w.b.t. Lamanya tinggalkan ruang ni. Mungkin ini kesan dari pandemik covid19 yang masih menguasai seluruh dun...