Alhamdulillah, dah 8 Syawal. Baru sempat update kat sini.
Hari ni Raya 6 bagi penduduk di Besut, terutama di kampungku, Kg. Amir. Tak pasti kampung lain ada juga ke tak.
Bermaksud, selepas 6 hari puasa sunat Syawal, dipanggil Raya 6. Bukan raya ke-6. Simboliknya begitu walaupun tak habis puasa 6. Biasanya orang tua dulu-dulu akan mula puasa Syawal pada 2 Syawal hingga 7 Syawal. 8 Syawal sambut Raya 6.
Teringat bila adik share gambar suasana di kubur dalam group family. Terus tulis sementara tengah fresh.
Biasanya saudara jauh yang tak sempat balik raya pertama, akan balik Raya 6 untuk ziarah kubur. Di samping ziarah kubur, mereka ambil kesempatan beraya dengan saudara mara.
Zaman sekolah rendah dulu, tahun 80an, Cikgu akan lepaskan murid sekolah dalam 1/2 jam untuk beraya dekat masjid yang berhadapan kubur. Sekolah berdekatan masjid dan kubur. Juga dekat dengan rumahku.
Kat depan masjid tu ada wakaf. Kat wakaf ni la orang ramai berkumpul. Ada yang bawa makanan untuk sedekah pada kanak-kanak. Seronok sangat zaman ni, dapat keluar ramai-ramai masa rehat, dapat makan free dan yang paling seronok dapat duit raya.
Sekarang kurang pasti masih ada lagi ke tidak budaya ni.
Satu lagi yang tak pasti, budaya ni hanya ada di Kg. Amir atau kampung lain juga. Baru terfikir nak kaji.
Alfatihah buat semua arwah, ayah, tok, tok wan dan lain-lain. Moga roh mereka tenang di sana. Aamiin.
Besut
Terengganu
Wednesday, June 12, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAHUN BARU HIJRAH 1443
Gambar hiasan Assalamualaikum w.b.t. Lamanya tinggalkan ruang ni. Mungkin ini kesan dari pandemik covid19 yang masih menguasai seluruh dun...
-
Gambar hiasan Assalamualaikum w.b.t. Lamanya tinggalkan ruang ni. Mungkin ini kesan dari pandemik covid19 yang masih menguasai seluruh dun...
-
Akak rasa macam ketinggalan bila anak saudara cerita pasal Lalamove masa dia datang beraya tempohari. Katanya dia tengah 'gila' buat...
-
"Pinggan tu dari zaman gemuloh wea (arwah ayah) lagi." Mak memulakan cerita pasal arwah ayah, sambil dok perati aku masak. Ak...
No comments:
Post a Comment