Suatu malam, Lokman ambil angin malam di depan rumah. Tiba-tiba...zoom sekelip mata ada benda terbang. "Allahuakbar!" Terkejut Lokman. Mulut terkumat kamit baca ayat kursi. Dia terus masuk dalam rumah.
Mereka baru menyewa di situ dalam sebulan. Kiri rumah warga emas non muslim. Kanan rumah kosong tak berpenghuni. Depan rumah ada pokok besar menutupi jalan. Waktu malam agak seram.
Lokman tak cerita pada isterinya Suraya, bimbang mengundang rasa takut bila dia sendirian.
Keesokan hari, Suraya dan si kecil sudah lena di bilik. Lokman masih sendirian melayan mata yang belum mahu tidur.
Suasana sunyi sepi.. Tiba-tiba, 'tap, tap, tap,' bunyi orang naik tangga turun tangga di rumahnya. 'Isyh! Apa pulak ni?' Lokman sudah geram bila kali kedua beliau diuji.
Seperti selalu, Lokman akan bacakan ayat kursi tak berhenti. Diam.
Pagi seperti biasa, Suraya siapkan Damia ke sekolah. Sebelum pergi kerja, mereka sarapan sama-sama.
Lokman diam memikirkan hal malam tadi. Dia sedar kat rumah ni ada sesuatu. Dia tak mahu 'benda tu' kacau isteri dan anaknya.
"Kenapa abang diam je?" Suraya bersuara.
"Tak ada apa." Lokman masih berfikir perlukah dia cerita pada Suraya pasal semalam. 'Ah, tak payah la.' Dia bermonolog sendiri.
Beberapa hari berlalu.
Suraya sedang mengemas di bilik atas. Anaknya sudah lena diulit mimpi. Lokman sendirian di tingkat bawah menonton TV.
'Tung tang tung tang,' ada bunyi dari dapur.
"Su! Masak apa malam-malam ni?" Lokman fikir Suraya ada di dapur.
"Su kat atas ni." Suraya bersuara dari tingkat atas.
'Hah! Kat atas?' Lokman mula terasa ada sesuatu. Dia kumat kamit baca ayat al-Quran. Dia tak takut, cuma dia geram selalu sangat diganggu.
Diam. Dia tunggu beberapa ketika untuk pastikan benda tu tak ada.
Dia naik atas, tiba-tiba kaki terasa berat. Makin berat. Dalam kepayahan sambil melawan, bedebuk! Terjatuh juga akhirnya.
"Kenapa abang?" Suraya segera menerpa.
"Astaghfirullah...mimpi rupanya."
Thursday, July 4, 2019
Tuesday, July 2, 2019
Wanita selalu beremosi?
Wanita selalu dikaitkan dengan emosi. Daripada ceria, gembira, tiba-tiba berubah jadi moody. Kenapa agaknya ye?
Tak perlu melencong jauh, dalam rumah tangga saja dah cukup untuk jadikan contoh.
Orang lelaki terutama para suami kena faham bahasa badan wanita.
1. Tiba-tiba diam, tanya satu jawab satu. Mungkin isteri tu penat sangat. Mana tak penat, baru balik kerja terus sinsing lengan baju masuk dapur. Sambil masak, sambil mandikan anak. Ada tu sambil masukkan kain dalam mesin basuh.
2. Tiba-tiba dengar suara menjerit sampai terkejut En.suami tengah layan Fb. Hihi.. Bertenang para suami, jangan dimarah isteri jerit-jerit. Dia bukan sengaja nak jerit, spontan tu sebab pinggan terjatuh pecah berderai. Kelam kabut nak ke mana? Nak ke hati suami jugak.😄
3. Diam lama dalam bilik sorang-sorang. Ni kena ambil tahu, jangan sampai isteri jadi murung. Kalau isteri tengah khusuk lipat kain, tak apa biarkan. Yang tak syok bila stress tahap gaban orang kata, kat suami pun dia tak boleh cerita. Dok menangis sesorang. Ni kalau yang kuat iman, menangis kat sejadah. 1-2 jam ok la. Kalau yang lemah iman, akan berlarutan murung. Ini yang bahaya.
Ini antara contoh. Lain orang lain ragam. 😊
Jadi, kuatkan hati wahai sahabat wanitaku. Andai rasa kepenatan, berehat lah seketika.
Lelaki yang hebat ialah yang peka dengan perubahan isteri dan turut sama membantu meringankan kerja rumah.
Sekian buat renungan bersama. 😊
Subscribe to:
Comments (Atom)
TAHUN BARU HIJRAH 1443
Gambar hiasan Assalamualaikum w.b.t. Lamanya tinggalkan ruang ni. Mungkin ini kesan dari pandemik covid19 yang masih menguasai seluruh dun...
-
Gambar hiasan Assalamualaikum w.b.t. Lamanya tinggalkan ruang ni. Mungkin ini kesan dari pandemik covid19 yang masih menguasai seluruh dun...
-
Akak rasa macam ketinggalan bila anak saudara cerita pasal Lalamove masa dia datang beraya tempohari. Katanya dia tengah 'gila' buat...
-
"Pinggan tu dari zaman gemuloh wea (arwah ayah) lagi." Mak memulakan cerita pasal arwah ayah, sambil dok perati aku masak. Ak...