Thursday, July 4, 2019

Di sebalik pokok

Suatu malam, Lokman ambil angin malam di depan rumah. Tiba-tiba...zoom sekelip mata ada benda terbang. "Allahuakbar!" Terkejut Lokman. Mulut terkumat kamit baca ayat kursi. Dia terus masuk dalam rumah.

Mereka baru menyewa di situ dalam sebulan. Kiri rumah warga emas non muslim. Kanan rumah kosong tak berpenghuni. Depan rumah ada pokok besar menutupi jalan. Waktu malam agak seram.

Lokman tak cerita pada  isterinya Suraya, bimbang mengundang rasa takut bila dia sendirian.

Keesokan hari, Suraya dan si kecil sudah lena di bilik. Lokman masih sendirian melayan mata yang belum mahu tidur.

Suasana sunyi sepi.. Tiba-tiba, 'tap, tap, tap,' bunyi orang naik tangga turun tangga di rumahnya. 'Isyh! Apa pulak ni?' Lokman sudah geram bila kali kedua beliau diuji.

Seperti selalu, Lokman akan bacakan ayat kursi tak berhenti. Diam.

Pagi seperti biasa,  Suraya siapkan Damia ke sekolah. Sebelum pergi kerja, mereka sarapan sama-sama.

Lokman diam memikirkan hal malam tadi. Dia sedar kat rumah ni ada sesuatu. Dia tak mahu 'benda tu' kacau isteri dan anaknya.

"Kenapa abang diam je?" Suraya bersuara.

"Tak ada apa." Lokman masih berfikir perlukah dia cerita pada Suraya pasal semalam. 'Ah, tak payah la.' Dia bermonolog sendiri.

Beberapa hari berlalu.

Suraya sedang mengemas di bilik atas. Anaknya sudah lena diulit mimpi. Lokman sendirian di tingkat bawah menonton TV.

'Tung tang tung tang,' ada bunyi dari dapur.

"Su! Masak apa malam-malam ni?" Lokman fikir Suraya ada di dapur.

"Su kat atas ni." Suraya bersuara dari tingkat atas.

'Hah! Kat atas?' Lokman mula terasa ada sesuatu. Dia kumat kamit baca ayat al-Quran. Dia tak takut, cuma dia geram selalu sangat diganggu.

Diam. Dia tunggu beberapa ketika untuk pastikan benda tu tak ada.

Dia naik atas, tiba-tiba kaki terasa berat. Makin berat. Dalam kepayahan sambil melawan, bedebuk! Terjatuh juga akhirnya.

"Kenapa abang?" Suraya segera menerpa.

"Astaghfirullah...mimpi rupanya."






No comments:

Post a Comment

TAHUN BARU HIJRAH 1443

  Gambar hiasan Assalamualaikum w.b.t. Lamanya tinggalkan ruang ni. Mungkin ini kesan dari pandemik covid19 yang masih menguasai seluruh dun...