Terpanggil untuk cerita satu kisah.
Sepasang suami isteri ni kahwin ketika umur dah agak matang, isteri 29, suami 34.
Ditakdirkan mereka lambat dapat zuriat. Tahun demi tahun menanti dengan penuh harapan.
Bila jumpa mak kawan, ada yang cakap begini,
"Rugi la beranak lambat. Si A dah berderet anak." Dibandingkan dengan anak dia pula.
Seorang lagi mak kawan lain cakap,
"Bila nak ada anak ni, nanti dah lewat penat nak jaga anak."
"Bila nak ada anak ni, nanti dah lewat penat nak jaga anak."
Nasib baik si suami tak dengar. Perempuan, jenis sensitif pulak tu, mana tak sedih bila ditegur macam tu.
Masuk tahun ke3 perkahwinan, pasangan ni hampir nak ambil anak angkat. Tapi tak jadi sebab rasa tak sampai hati nak pisahkan si kembar dan ada sebab lain yang menghalang.
Pada masa sama juga mereka tak berhenti cari jalan buat rawatan. Ulang alik ke hospital dan guna kaedah tradisional juga.
Allah gerakkan hati mereka untuk buat rawatan Islam. Mula-mula buat rawatan, kemudian belajar untuk rawat diri sendiri. Hampir 2 tahun belajar sambil merawat diri sendiri.
Alhamdulillah tahun ke-6 perkahwinan, mereka dikurniakan seorang zuriat perempuan, pelengkap rumahtangga.
Itulah sebahagian kisah kami. Si anak, Alisha diberi nama, yang bermaksud 'yang dilindungi Tuhan'. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah swt.
Kami diuji 6 tahun je, ada orang lebih lama. Ada juga tak ada langsung.
Lepas dapat anak, kita ingat balik pengalaman, baru terfikir, ada hikmat setiap kejadian yang Allah dah atur.
Ada dengar dalam usrah IKIM.
Kita selalu fikir apa yang belum kita dapat. Kita jadi sedih sebab masih tak dapat apa yang kita nak.
Kita akan lebih tenang kalau kita belajar bersyukur dengan apa yang kita dah dapat. Kita faham konsep rezeki dari Allah, insyaAllah lebih tenang.
Kita lambat dapat anak tapi kita bahagia dengan pasangan kita. Rezeki kita melimpah ruah dengan cara lain.
Orang ramai anak juga diuji dengan pelbagai ujian. Setiap orang tak sama Allah uji.
Ada ustazah cakap, juga dalam radio suatu ketika dulu. Kalau orang tegur pasal bila nak dapat anak, jangan cakap 'tak ada rezeki lagi', cakap 'insyaAllah moga ada rezeki.'
Jangan sedih pada yang belum ada anak. Teruskan usaha, doa sungguh-sungguh, betulkan cara berdoa. Lepas tu serah pada Allah. Rezeki Allah yang tentukan.
No comments:
Post a Comment