Thursday, June 11, 2020

Dari hobi jadi sumber pendapatan.

Saya suka menjahit, membaca dan menulis. Aktiviti menjahit membawa pada penubuhan Auralisha Marketing yang fokus pada jahitan busana pengantin.

Ini juga asbab Allah hadirkan insan bergelar suami yang suka 'push' dan cabar suruh buat sesuatu yang di luar kebiasaan. Alhamdulillah.

Saya berangan supaya ada seseorang yang boleh dipercayai dan cekap untuk uruskan butik, supaya saya boleh teruskan minat menulis.

Suka menulis suka-suka dari zaman sekolah. lagi. Hantar peraduan dalam akhbar dan majalah. Lebihnya simpan dalam peti besi (tin bekas coklat 😀).

Sekali menang saguhati peraduan buat sinopsis cerpen dalam Utusan Malaysia. Masuk gambar passport dalam surat khabar, suka bukan kepalang. Dapat la hadiah RM50. Banyak la untuk seorang budak sekolah form 4. Sebagai orang introvert, ini satu pencapaian buat diri.

Sejak hari tu, ramai kenalan dari utara, selatan, timur, barat. Eh! Perasan artis kejap. Hihi.

Zaman remaja, sibuk berbalas surat, ada adik angkat, kakak angkat, abang angkat. Ada seorang je yang terus jadi kawan fb sampai kini (mungkin dia baca ni). Moga terus bersilaturrahim sahabat.

Lepas keluar U, zaman ekonomi meleset (1999), susah dapat kerja. Tapi paling lama menganggur 2 bulan. Macam-macam kerja rasa. Salah satunya kerja sementara di syarikat percetakan. Syarikat kecil je, hanya ada 3 pekerja termasuk bos.

Kerjanya baca naskah tulisan penulis yang ditaip dengan type writer, taip balik dalam komputer dan edit. Entah kenapa, suka kerja mengadap buku dan komputer macam ni. Bagi orang yang tak minat, mesti bosan.

Sebelum tu kerja dengan syarikat percetakan t-shirt dan ada buat printing untuk tempahan cenderahati juga. Kerja semak artwork pelanggan, pastikan ejaan, tanda baca semua betul sebelum hantar printing. Suka dengan kerja macam ni.

Mula kerja dengan Butik Aura Raja Sehari sebagai kerani dan pelbagai jawatan lain yang tak rasmi. Apa yang pasti, saya diamanahkan jaga bahagian jahitan dan pentadbiran. Memang kena dengan hobi.

Baru-baru ni ada dilema sikit, nak upgrade ilmu jahitan atau ilmu penulisan dulu. Dah terjebak dengan kawan-kawan penulis, rasa minat makin dalam. Iklan Kelas Content KHM pula asyik lalu lalang. Tak tahan godaan.

Siapa nak tahu pasal kelas tu?

Terima kasih sudi baca sampai habis. 😊

W. Saliha
AuralishaBridalHijab

No comments:

Post a Comment

TAHUN BARU HIJRAH 1443

  Gambar hiasan Assalamualaikum w.b.t. Lamanya tinggalkan ruang ni. Mungkin ini kesan dari pandemik covid19 yang masih menguasai seluruh dun...