Friday, August 13, 2021

TAHUN BARU HIJRAH 1443

 

Gambar hiasan

Assalamualaikum w.b.t.

Lamanya tinggalkan ruang ni. Mungkin ini kesan dari pandemik covid19 yang masih menguasai seluruh dunia. 

Apa kena mengena tulisan di sini dengan pandemik? 

Tak ada apa. Semuanya baik-baik saja cuma perniagaan yang terkesan membawa pada perubahan dalam semua tindakan. 

Sempena Maal Hijrah yang baru 4 hari membuka tirai, marilah kita sama-sama ambil iktibar atas setiap kejadian yang berlaku.

Negara dikejutkan dengan berita kematian penyanyi tanah air, arwah Siti Sarah Raisuddin sehari sebelum Maal Hijrah. Al-fatihah (dibaca).

Kematian yang dicemburui oleh semua orang. Contoh perjuangan yang ditunjukkan oleh arwah. Daripada seorang artis yang free hair, hinggalah berubah menjadi muslimah yang taat pada Allah dan suami.

Beliau meninggal dalam keadaan Husnul Khotimah, berjuang melawan covid, berjuang melahirkan anak dan mendapat redha suami yang tercinta. Ramai yang terkesan dan sedih dengan pemergian arwah.

Setelah pemergian arwah, satu persatu kebaikannya diceritakan oleh mereka yang rapat dengan beliau. Subhanallah, mungkin ada sesuatu Allah nak tunjuk pada kita semua yang sedang terleka.

Hari ini Jumaat yang mulia. Moga kita ada keazaman untuk menjadi insan bertakwa, suami dan isteri yang soleh dan solehah. 

Moga setiap perkara baik yang berlaku menjadi iktibar untuk kehidupan kita. Pesanan ini untuk diri sendiri juga.

Yang baik dari Allah, yang buruk dari saya sendiri. 

Wallahu'alam.


W. Saliha W. Husin

13 Ogos 2021 bersamaan 4 Muharram 1443H


2 comments:

  1. Selamat kembali ke dunia blog kak. moga banyak manfaat dapat dikongsikan.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Ayu.
    InsyaaAllah lepas ni cuba rajin di sini lagi.

    ReplyDelete

TAHUN BARU HIJRAH 1443

  Gambar hiasan Assalamualaikum w.b.t. Lamanya tinggalkan ruang ni. Mungkin ini kesan dari pandemik covid19 yang masih menguasai seluruh dun...