Wednesday, November 4, 2020

Terkini

 Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi masih diberi kesempatan untuk update blog ni setelah negara dilanda pandemik covid19.


In Syaa Allah lepas ni akan lebih aktif masuk sini berkongsi pengalaman.


Tidak ada yang lebih menarik selain berungkus lumus di butik, uruskan tempahan baju pelanggan.


Dalam masa yang sama, sedang libatkan diri dalam pemprosesan produk skincare kepunyaan Ar Brothers Sdn Bhd / Aura Raja Sehari. InSyaa Allah minggu depan boleh masuk pasaran.



Moga dipermudahkan semua urusan.




Tuesday, September 15, 2020

Selamat petang

Pejam celik dah pertengahan September. Lama tak jenguk sini.

Kita masih dalam mood PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan). Alhamdulillah kita sudah terbiasa dengan cara hidup baharu.

Moga kita semua selamat dari wabak.



p/s: sebenarnya nak story tapi tak sempat nak taip panjang. Tengah lukis pola baju. In Syaa Allah ada masa, saya nak share sesuatu.





Tuesday, August 18, 2020

Asal usul dalam bidang jahitan dan fesyen

 "Dah lama ke menjahit?" Tanya seseorang.


"Sejak sekolah menengah."


"Owh!! Lamanya."

"Arwah ayah dulu tukang jahit. Mak pun boleh jahit. Ada mesin jahit kat rumah, kita kerjakan lah. Mula dengan jahit langsir simple dulu. Dah pandai jahit, belajar potong baju kurung dengan kakak ipar. Sekali belajar terus boleh buat. Sejak dari tu tak pernah tempah baju kurung dan tak pernah masuk kelas kemahiran lagi." Sambungku memulakan cerita.

Alhamdulillah.

Teringat nostalgia zaman muda remaja.

"Sini nak ajar potong kain, jahit sendiri la." Kata kakak ipar suatu ketika dulu.

Dia tahu adik dia ni boleh jahit cuma tak pandai potong kain. Masa tu masih bersekolah, dalam tingkatan 6. Lepas dah dapat kemahiran tu, selalu jahit baju sendiri dan yang penting tak susahkan kakak lagi.

Lepas exam STPM, nak cari pengalaman kerja. Pergi tinggal rumah kakak di Kota Bharu. Kerja kilang batik sekejap dekat area rumah kakak.

Kakak ambil upah jahit sembat baju kurung, jahit leher mata lalat dan tulang belut. Kemahiran dah ada, jadi boleh tolong dia siapkan tempahan.

Rumah abang juga di Kota Bharu. Abang yang isterinya tukang jahit (kakak ipar yang ajar potong kain). Mereka usahakan jahit pukal baju melayu di rumah.

Semasa tinggal di KB sekitar tahun 1995, asyik ulang alik, antara rumah kakak dan rumah abang. Sesekali tinggal di rumah abang, membantu kerja jahit baju Melayu. Sekarang kakak ipar masih usahakan tempahan baju Melayu dan jubah di Tumpat, Kelantan. Anak dia pun tailor baju lelaki.

Ulang alik dari Penambang ke Kubang Kerian, Kelantan. Kadang dengan bas, kadang kakak hantar dengan motor atau kereta. Seminggu sekali balik kampung dengan kakak atau sendirian naik bas.

"Pergi ambil lesen motor la lepas ni." Kata kakak. Wah! Lampu hijau dah dapat!

Sambil kerja, masuk kelas memandu, ambil lesen motor. Dapat lesen motor serentak dengan dapat keputusan STPM. Dapat masuk UM, belajar bidang agama. Tak ada kena mengena dengan bidang jahitan sebab tak terfikir lagi nak bisnes dalam bidang ni. Cita-cita nak jadi cikgu.

Lepas keluar U, susah dapat kerja dan tak dapat sambung Diploma Pendidikan untuk jadi cikgu. Zaman ekonomi meleset masa ni.

Ramai yang mampu, sambung belajar buat master. Yang ada banyak kelebihan dan kemahiran senang dapat kerja. Aku? Kategori wanita Melayu terakhir, sejenis yang kurang keyakinan diri. Hanya sesuai kerja di belakang tabir.

Sekitar tahun 2001, tukar kerjaya lagi yang tak ada kaitan dengan jahitan. Buat kerja admin dengan Persatuan Silat, sebab memang ahli silat dan kira aktif juga la dari UM hingga dah kerja. Seorang kawan baik yang dah meninggal awal tahun ni, arwah Kak Nita (Al-fatihah). Selalu bawa ikut program silat.

Sambil kerja, timbul minat nak cari side income. Buat part time tuisyen dan menjahit di rumah (rumah sewa bujang). Kenal owner kedai jahit dekat area ofis, bagitahu boleh jahit tulang belut baju Melayu Johor. Dia test dulu, lepas tu, Alhamdulillah dapat job.

Kemudian usaha beli mesin jahit portable cash, RM400 lebih je masa tu. Boleh ambil tempahan jahit langsir, baju kurung dari kawan-kawan rapat sahaja.

Allah punya aturan, dah aktif dengan persatuan silat, bertemu jodoh di sini. Bakal suami (masa ni) tahu boleh jahit terus tempah jahit langsir untuk rumah dia.

Dipendekkan cerita, kenal suami lebih kurang setahun lebih. Bulan Ogos 2004 kami kahwin. Lepas kahwin, dia yang banyak bagi sokongan untuk buat bisnes ni.

Tahun 2007.

Abang ipar (abang suami) buka company baru, bisnes wedding. Aku dan adik beradik suami kerja dalam satu company. Suami masih kerja di syarikat lain masa tu dan dia hanya kerja hujung minggu.

Peringkat awal, banyak belajar. Buat persediaan untuk butik baru dan persediaan diri kami untuk berdepan dengan pelanggan.

Kami bermula dari zero, tak ada ilmu pasal bisnes wedding. Bos bagi peluang belajar, berfikir dan cari penyelesaian sendiri.

Kami sediakan servis lengkap, pelamin, fotografi, make up, busana, katering...semua ada. Wedding planner jawatan disandang. Macam tak percaya terjun dalam bidang ni.

Berbekalkan kemahiran jahit yang minima, diberi tanggungjawab uruskan tempahan baju pengantin. Selalu ke butik pengantin di ibu kota cari keperluan butik. Biasanya pergi berdua dengan suami. Berurusan dengan penjaga butik yang akhirnya jadi kawan. Beliau banyak bagi inspirasi.

Inspirasi macamana tu?

Saya perhatikan beliau, ambil order, ambil ukuran baju pelanggan, layan pelanggan dengan baik. Saya tanya, "memang pandai jahit ke?"

Jawabnya, "tak la kak...saya tak pandai jahit. Tahu ambil ukuran je. Tailor yang ajar."

Wah! Tak pandai jahit tapi berani ambil risiko buat baju customer. Inilah yang bagi saya semangat. Budak yang tak pandai jahit pun boleh buat, kenapa aku tak boleh?

Lepas setahun tempah jahit dan beli yang readymade, dah kenal supplier dan tailor, kami cuba reka sendiri. Suami yang tak tahu apa-apa pasal fesyen, terpaksa libatkan diri cari idea dan study. Kami bincang sama-sama, dapat design bagi pada tailor. Begitulah kerja kami.

Beberapa tahun hasilkan baju pengantin untuk butik, tahun 2013 baru berani terima tempahan baju pelanggan. Itupun saya tak jahit sendiri. Pelanggan juga tahu, kami bagi pada tailor freelance. Saya cuma uruskan tempahan.

Dari baju biasa, baju raya hingga dress glamour. Dari pelanggan biasa sampai VIP. Banyak pengalaman pahit manis berdepan dengan pelanggan dari pelbagai lapisan.

Tailor yang dapat job juga tak kedekut ilmu, kadang-kadang belajar dengan dia. Sebab tu kami jaga hubungan dengan tailor yang satu ni. Kongsi rezeki yang dapat.

Berurusan dengan pelanggan yang tempah baju juga ada cerita sendiri. (Rasa nak tulis pengalaman ni dalam episod lain). Dari silap kita belajar betulkan, lebih faham kehendak pelanggan, lebih faham pasal fesyen.

Alhamdulillah pengalaman berharga buat kami. Sampai masa kami buat keputusan untuk bergerak sendiri. Sementara masih kerja, kami usahakan secara part time. Suami bagi galakan untuk beli 2 buah mesin jahit industri. Kerja jahit tudung dari rumah. Cubaan pertama kurang berjaya.

Tak serik, cuba lagi.

2017, nekad nak berhenti kerja dan uruskan bisnes sendiri sepenuh masa. Suami sokong dan bantu apa yang patut. Sentiasa ingat pesanan dia, "mula niaga, kita kena belajar hidup susah. Mindset kena berubah."

Hujung 2017, kami bermula dalam Giant, tempat asal kami bekerja. Awal tahun 2018, kami berpindah ke shop lot berhampiran Giant Taman Permata, hingga kini.

Cerita jatuh bangun kita simpan dulu, dah berjaya baru boleh cerita (mungkin). Jadi, kami di sini, teruskan perjuangan dalam bidang jahitan dan fesyen. Belum berjaya tapi yakin, In Syaa Allah akan berjaya.

Terima kasih pada yang menyokong dari awal hingga akhir.






Kami menerima tempahan jahit baju kurung biasa dan baju nikah. Harga dari tahun 2013 tak berubah. Bermula RM80, bergantung pada fesyen dan material.

Lokasi : Butik Auralisha Bridal & Hijab, Taman Permata, Ulu Kelang, KL.
Whatsapp : 011-15260775

Thursday, July 16, 2020

Auralisha Bridal & Hijab

Butik Auralisha Bridal & Hijab.

Lokasi : Taman Permata, Ulu Kelang, KL.
Tel : 03-41618713 / 011-15260775

Waktu operasi : Isnin - Jumaat (10am - 6pm), Ahad : temujanji sahaja.


Servis yang disediakan :

1. Sewa busana
2. Pakej busana/make up/foto
3. Tempahan baju nikah
4. Sewa aksesori pengantin
5. Produk Skincare Charms
6. Veil - sewa/jual/terima tempahan





Koleksi VEIL





Koleksi busana pengantin







Aksesori pengantin








Wednesday, July 1, 2020

Alhamdulillah, syukur mak masih sihat.


Mak sudah berusia 82 tahun. Rezeki dia tak ada penyakit kronik, sihat tubuh badan, sakit urat biasa tu ada. Masih mampu naik basikal letrik tapi sudah tak diberi anak, risau keselamatannya.

Telinga masih sangat peka mendengar. Jangan ada yang suka mengumpat, dia tak suka.

Mata masih elok melihat. Pakai cermin mata waktu baca Quran sahaja. Biasa mengajar mengaji, sejak PKP duduk rumah saja.

Ingatan masih kuat, cuma kadang-kadang ada saja cerita lucu bila dia bercerita. Dia kata betul, kita yang dikata pelupa. Layan saja la. Anak cucu suka menyakat, dia gelak je.

Tinggal bergilir-gilir di rumah anak yang berdekatan. Kadang jadi rebutan anak, ajak tinggal sekali. Dia boleh pilih mana dia nak pergi. Di mana dia selesa, di situlah dia tinggal lama.

Bila diajak ke sana sini, dia pilih duduk di rumah dia sendiri. Duduk sekejap lepaskan rindu, lepas tu anak dia ambil bawa balik ke rumah.

Bersyukurlah anak yang tinggal dekat dengan mak. Peluang berbakti pada orang tua terbuka luas.

Yang tinggal berjauhan hanya mampu bertanya khabar walau kadangkala khabar yang diberi tak betul sama sekali. Begitulah mak kita, belum makan katanya dah kenyang.

Moga mak sihat dan kami berpeluang menabur bakti.

p/s: sempat bergambar dalam perjalanan ke rumah anak bongsu mak. Sampai KT je, tak nak datang KL.

#notaperantau

Sunday, June 21, 2020

Pasar malam PKPP


Saat rakan seusianya sedang bercuti di kampung, mungkin sedang seronok bermain di tepi pantai atau di taman tema, seorang anak ini hanya memilih untuk ke pasar malam.

Setelah 3 bulan terkurung di rumah dan butik tempat Ummi dan Abi kerja.

Rasanya dah seminggu pasar malam beroperasi. Di Taman Melawati, pasar malam 3 kali seminggu, Selasa, Khamis dan Sabtu.

Semalam berpeluang ke pasar malam PKPP, Taman Melawati. Sebelum PKP, memang selalu ke pasar malam Melawati atau AU2. Antara pasar malam besar area Ulu Kelang dan terdekat dengan kediaman kami.

Ini cara kami nak bagi anak gembira. Tak perlu ke Mall sebab dari kecil dia membesar dalam mall. Dapat beli aiskrim atau ice blended pun dah seronok.

Walau ada yang kata, tak elok bawa budak ke pasar malam. Banyak asap, kotor. Macam berpesta pergi pasar malam 1 famili. Apa la yang menarik. Itu antara kata-kata yang pernah terbaca.

Biarlah. Lain orang, lain pemikiran.

Pergi pasar malam dengan buka mata hati. Kita orang kampung, walau dah lebih 20 tahun di bandar, jangan lupa asal kita. Bagi anak bandar ni rasa suasana, tengok bukan semua orang bernasib baik. Selalu ingatkan diri, bila dah kaya jangan lupa datang sini.

Berbalik cerita malam tadi.

Nak masuk pasar malam ni hanya ikut 1 laluan. Pegawai MPAJ jaga, ambil rekod, cek suhu. Budak boleh masuk cuma baby lebih baik elakkan kalau ada penjaga.

Susun atur gerai berubah dan banyak kedai tak ada, mungkin ikut giliran.

Lokasi pertama kami ialah gerai jual ikan,  sayur dan buah. Macam biasa, Alisha terpaksa ikut walau tak suka. Hihi. Tak banyak pilihan macam biasa tapi boleh la.

Kemudian cari makanan ringan. Kami berpecah, Abi Alisha ke tempat lain, Ummi dan Alisha order ice blended 1. Seronok dah budak ni dapat yang dia suka.

Wanita yang jual ice blended sedang buat 3 order untuk orang lain. Tiba-tiba, lampu terpadam bila sampai giliran kami. Dia cuba hidupkan balik generator tapi tak berjaya.

"Maaf kak, tak dapat buat. Panas sangat, tak boleh on lagi. Kejap lagi boleh, kalau nak tunggu. Kalau tak nak tak apa."

"Tak apa la, tak ada rezeki."
Tak ada rezeki dia, tak ada rezeki Alisha.
Kesian pula tengok wanita tu bertungkus lumus nak hidupkan generator. Itulah cabaran beliau. Moga dipermudahkan rezekinya.

Abi Alisha dah tunggu nak balik, dan Alisha sedikit kecewa sebab belum beli apa-apa untuk dia.

"Tu sosej, nak?" Abi tak nak jalan dah, tunjuk yang dekat je.

"Nak la..." Baru senyum balik dapat sosej.

Dalam perjalanan balik, teringat ada lagi bahan untuk buat ice blended. Hari ni boleh buat untuk dia.

p/s: gambar ehsan mr.google. siapa biasa ke pasar malam melawati, mesti kenal wanita yang jual nasi ni.

Suatu petang di Butik Auralisha

Baru nak solat Zohor, telefon berdering.
Assistant kecik, Alisha berlari bawa fon bagi ummi dia.

"Ummi, call."
Terpaksa jawab dulu.

"Hello, ni butik pengantin ke?"

"Ye betul."

"Ada tak orang datang minta sponsor baju untuk shooting esok?"

"Tak ada."

"Tak ada ye. Err...boleh tak saya nak minta sponsor baju pengantin untuk drama. Nak guna esok."

"Saya tak boleh bagi jawapan sekarang. Datang sini la, kita bincang dulu."

"Ok, saya nak pergi kejap lagi, boleh?"

"Boleh tapi saya nak keluar kejap. Balik nanti saya bagitau."

2 jam kemudian, di Butik Auralisha.

"Maaf last minute. Sepatutnya ada butik sponsor tapi tak jadi. Saya Google, jumpa butik ni yang terdekat."

Surat permohonan ada. Dia dah tahu apa yang kami nak. Terus send surat dengan wasap.

"Boleh tahu jalan cerita?"

Dia pun cerita. Nama hero dan heroin disebut tapi akak tak kenal (dah lama tak tengok drama sebenarnya 😁).

Harap masa berlakon tu, busana ni dipakai dengan tudung. Kami tak boleh control sebab itu cerita mereka.

Kami sembang sambil pilih baju dan aksesori. Rasanya tak sampai 15 minit, busana Auralisha dah siap bertukar tangan.   

"Nanti siap, saya bagi video ye."

Syukur ada yang nampak Butik Auralisha.

Ini bukan kali pertama kru produksi minta sponsor. Sebelum ni, ada yang rancang awal, tapi tak jadi atas sebab tertentu.

Begitulah ceritanya petang semalam.
Moga urusan kami dipermudahkan. Aamiin.

**"

Butik Auralisha Bridal & Hijab
Taman Permata
Kuala Lumpur
03-41618713 / 011-15260775

Thursday, June 11, 2020

Dari hobi jadi sumber pendapatan.

Saya suka menjahit, membaca dan menulis. Aktiviti menjahit membawa pada penubuhan Auralisha Marketing yang fokus pada jahitan busana pengantin.

Ini juga asbab Allah hadirkan insan bergelar suami yang suka 'push' dan cabar suruh buat sesuatu yang di luar kebiasaan. Alhamdulillah.

Saya berangan supaya ada seseorang yang boleh dipercayai dan cekap untuk uruskan butik, supaya saya boleh teruskan minat menulis.

Suka menulis suka-suka dari zaman sekolah. lagi. Hantar peraduan dalam akhbar dan majalah. Lebihnya simpan dalam peti besi (tin bekas coklat 😀).

Sekali menang saguhati peraduan buat sinopsis cerpen dalam Utusan Malaysia. Masuk gambar passport dalam surat khabar, suka bukan kepalang. Dapat la hadiah RM50. Banyak la untuk seorang budak sekolah form 4. Sebagai orang introvert, ini satu pencapaian buat diri.

Sejak hari tu, ramai kenalan dari utara, selatan, timur, barat. Eh! Perasan artis kejap. Hihi.

Zaman remaja, sibuk berbalas surat, ada adik angkat, kakak angkat, abang angkat. Ada seorang je yang terus jadi kawan fb sampai kini (mungkin dia baca ni). Moga terus bersilaturrahim sahabat.

Lepas keluar U, zaman ekonomi meleset (1999), susah dapat kerja. Tapi paling lama menganggur 2 bulan. Macam-macam kerja rasa. Salah satunya kerja sementara di syarikat percetakan. Syarikat kecil je, hanya ada 3 pekerja termasuk bos.

Kerjanya baca naskah tulisan penulis yang ditaip dengan type writer, taip balik dalam komputer dan edit. Entah kenapa, suka kerja mengadap buku dan komputer macam ni. Bagi orang yang tak minat, mesti bosan.

Sebelum tu kerja dengan syarikat percetakan t-shirt dan ada buat printing untuk tempahan cenderahati juga. Kerja semak artwork pelanggan, pastikan ejaan, tanda baca semua betul sebelum hantar printing. Suka dengan kerja macam ni.

Mula kerja dengan Butik Aura Raja Sehari sebagai kerani dan pelbagai jawatan lain yang tak rasmi. Apa yang pasti, saya diamanahkan jaga bahagian jahitan dan pentadbiran. Memang kena dengan hobi.

Baru-baru ni ada dilema sikit, nak upgrade ilmu jahitan atau ilmu penulisan dulu. Dah terjebak dengan kawan-kawan penulis, rasa minat makin dalam. Iklan Kelas Content KHM pula asyik lalu lalang. Tak tahan godaan.

Siapa nak tahu pasal kelas tu?

Terima kasih sudi baca sampai habis. 😊

W. Saliha
AuralishaBridalHijab

Wednesday, June 10, 2020

Bacaan untuk tailor



Ramai yang perlukan kerja, termasuk tailor. Mencari job di butik pakaian. Orang kita cakap, tak ada butik nak pekerja Melayu, semua ambil pekerja Indon dan Bangla.

Ada banyak butik atau kilang jahit yang perlukan pekerja, kena pandai cari.

Ni nak cerita pengalaman sendiri, beberapa kali berurusan dan interview tailor untuk kerja di Butik Pengantin. Kami memang nak cari orang kita, nak tolong Bumiputera.

Sebagai wakil syarikat, saya tak boleh terima macam tu saja. Perlu test jahit dan hasilkan baju. Tengok hasil jahitan, kalau lulus baru terima. Itupun kalau mereka setuju dengan kadar bayaran.

Sekadar perkongsian pengalaman sejak tahun 2013 hingga 2020 berurusan / interview tailor.

1. Tailor wanita, baru pandai menjahit. Bawa contoh baju masa temuduga. Tengok hasil jahitan kita tahu tak boleh.

2. Tailor wanita, pandai jahit baju kurung sahaja. Tengok hasil jahitan ok, kami bagi job  jahit di rumah baju kurung budak.

3. Tailor wanita, orang muda belum kahwin. Temuduga ok, test jahit ok. Terima kerja. Dah kerja, tak serius. Sibuk curi-curi jahit baju kahwin sendiri. Tengah kumpul bukti, cukup 3 bulan kerja, dia berhenti sendiri sebab nak kahwin. Kami lepaskan dengan rasa syukur. Tutup kes.

4. Tailor wanita, mahir. Memang menepati ciri-ciri yang dicari. Tapi tinggal jauh. Dia setuju nak ambil kain dan hantar baju, ok. Job diberi. Masalahnya bila jahit pukal, ada kesilapan dan susah nak ulang alik untuk betulkan. Dah tak ada jodoh nak kekal lama.

5. Student praktikal, Fesyen Designer. Ingatkan pandai jahit, rupanya hampa dan kecewa. Orang muda, tak ada pengalaman, diberi peluang belajar tapi tak pandai ambil peluang.

6. Tailor wanita, mahir. Pernah kerja di butik pengantin. Berminat buat freelance sebab nak jaga anak. Kami bagi job dan bertahan 2 tahun lebih. Mungkin dah makin maju, job kami dah tak berminat nak buat.

7. Student praktikal, jahitan. Akan masuk hujung bulan ni. Harap boleh membantu dan pandai ambil peluang belajar.

8. Tailor Pakistan banyak nak kerja tapi kami tak mahu pekerja lelaki. Bagi job untuk jahit pukal ada, tapi tak kerja di butik. Butik kami ruang kecil, jadi tak sesuai kerja dengan tailor lelaki.

p/s: gambar hiasan, ehsan Mr. Google

Butik Auralisha Bridal & Hijab
Taman Permata
Kuala Lumpur
011-15260775

Thursday, June 4, 2020

Cerita ibu dan anak

Perbualan spontan antara ummi dan anak dara umur 10 tahun.

======

"Icha nak masuk syurga?" (tiru soalan ustazah dalam ceramah)

"Nak...bukan ke semua orang Islam masuk Syurga?"

"Iya...tapi kalau ada buat salah kena hukum dulu. Hukumnya masuk neraka dulu. Kalau nak masuk syurga kena jadi orang baik. Buat yang Allah suruh, rajin sedekah, jangan sombong dengan orang. Senyum pun sedekah tau!" (saja tekankan bab senyum sebab dia ni susah sangat nak senyum bila orang tegur. Malu yakmat).

Diam dan sambung main.

=======

Suatu petang dia dengar iklan dalam radio, berbunyi begini,

"Ustaz, apa maksud fardhu ain dan fardhu kifayah?"

Spontan dia respon, "orang besar takkan tak tahu fardhu ain dan fardhu kifayah. Icha dah belajar masa darjah 3."

"Owh! Tu dia tengah berlakon. Buat-buat tak tahu. Nanti ustaz tu bagitau. Lepas tu semua orang boleh dengar."

"Oo..."

=======

Usai solat maghrib.

"Icha suka ke cuti sekolah lama? Suka ke tak pergi sekolah?"

"Tak suka. Nak pergi sekolah cepat. Icha doa biar cepat buka sekolah. Icha doa biar covid lenyap, boleh cepat sekolah."

"Aamiin."

=======

Bila ummi ajar dia bab agama, dia tanya,

"Kenapa ummi tak jadi ustazah kat sekolah agama Icha?"

Ummi gelak.

"Dah terlambat. Biar la ummi jadi ustazah kat  rumah je."

=======

Ummi bagitahu nak buat telekung baru untuk dia sebab yang lama dah kecik.

"Icha nak warna putih, ada pink sikit-sikit."

"Kenapa nak warna putih?"

"Ummi yang cakap, telekung elok warna putih."

"Owh! Ye tak ye. Aah, betul la tu."

Kadang kita sendiri lupa apa yang kita bagitahu dia. Budak ni sekali kita cakap dia rakam.

Sekadar perkongsian. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.

Terima kasih sebab sudi baca sampai habis.😊

W. Saliha
#ummiAlisha
#AuralishaBridalHijab

Sunday, May 31, 2020

Salam 9 Syawal

Lamanya tak menulis di sini. Sebelum PKP, berpuasa dalam PKP hinggalah raya PKPB.

Kini dah 9 Syawal. Alhamdulillah, keadaan hampir pulih cuma terus hidup dengan normal baharu.

Bersama terus berjuang perangi covid19.

1. Jaga kebersihan
2. Elak tempat sesak
3. Jaga jarak 1 meter. Jangan bersentuhan
4. Kerap cuci tangan dengan sabun @ sanitizer
5. Pakai mask bila di tempat awam.

Moga covid segera hilang dari muka bumi.

W. Saliha
Auralisha Bridal & Hijab

Tuesday, February 18, 2020

Kisah Nabi akan disambung.

Nak sambung tulis Kisah Nabi. In Syaa Allah. Doakan akak diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu yang dibaca.

Wednesday, January 8, 2020

HAPPY NEW YEAR 2020


Masih belum terlambat nak wish HAPPY NEW YEAR kan?

Bermula tahun baru, bertambah sibuk di Butik Auralisha. Itu lah tenggelam timbul.
InsyaAllah perkongsian akan diteruskan.

Moga kita semua semakin cemerlang di tahun 2020.

TAHUN BARU HIJRAH 1443

  Gambar hiasan Assalamualaikum w.b.t. Lamanya tinggalkan ruang ni. Mungkin ini kesan dari pandemik covid19 yang masih menguasai seluruh dun...