KISAH NABI NUH a.s
Semua orang Islam tahu pasal bahtera Nabi Nuh kan? Masih ingat ceritanya? Jika sudah ingat-ingat lupa, mari kita sama-sama hayati kisah ini.
Nabi Nuh a.s adalah keturunan yang ke-10 dari Nabi Adam a.s. Nabi Nuh diutus Allah s.w.t untuk menyeru umat manusia supaya menyembah Allah. Tetapi manusia pada zaman itu tidak mengendahkan seruan itu malah mereka selalu memperolok-olokkan.
Segala seruan Nabi Nuh disambut dengan cemuhan dan ejekan. Kisah ini ada dalam Surah Hud, ayat 25-32.
Kerana mereka tidak mahu terima kebenaran, Allah turunkan siksaan yang berupa banjir besar hingga mereka musnah sama sekali.
Sebelum Allah turunkan banjir besar, Allah ajarkan cara buat kapal besar kepada Nabi Nuh (melalui Malaikat).
Semasa membina kapal, Nabi Nuh diejek lagi oleh kaumnya dengan berkata, "Lihatlah Nabi kita sekarang sudah menjadi tukang kayu dan pandai membuat kapal. Ke manakah kapal ini akan belayar? Bolehkah kapal ini belayar di daratan? Ada- ada saja kepandaian Nabi Nuh, mungkin dia ini akan menipu kita saja."
Segala ejekan dan hinaan disambut dengan tenang dan sabar oleh Nabi Nuh. Lepas selesai bina kapal, janji Allah tiba. Hujan lebat turun tanpa henti berhari-hari lamanya, mata air bersemburan dari dalam bumi. Angin badai tak ketinggalan. Hingga air makin melimpah dan bumi jadi lautan besar. Boleh rujuk Surah Hud, ayat 40.
Nabi Nuh dan orang beriman telah naik ke atas kapal dan belayar dengan selamat. Orang kafir lari untuk selamatkan diri ke gunung tapi air melimpah hingga ke puncak gunung. Mereka semua habis ditelan gelombang besar.
Nabi Nuh ternampak anak kandungnya yang hampir tenggelam dan Nabi Nuh menyeru supaya anaknya naik ke atas kapal. Anaknya menolak dan ingin selamatkan diri ke kawasan tinggi tapi dia turut tenggelam. Surah Hud, ayat 42-43.
Allah menegur Nabi Nuh yang ingin selamatkan anaknya, sedangkan anaknya bukan dari keluarganya sebab berlainan agama. Nabi Nuh memohon ampun pada Allah. Surah Hud, ayat 46-47.
Setelah orang-orang kafir habis binasa, air banjir mulai surut dan kapal Nabi Nuh terkandas di atas bukit yang bernama Judi (dekat Massoul). Surah Hud, ayat 44.
Nabi Nuh hidup selama 950 tahun. Nabi yang sering menangis memikirkan kaumnya yang derhaka pada Allah. Hanya sedikit sahaja kaumnya yang beriman.
KISAH NABI HUD a.s.
Nabi Hud adalah keturunan Sam bin Nuh (cucu Nabi Nuh). Diutuskan oleh Allah swt pada kaum 'Ad, suatu kaum yang tinggal di sebelah utara Hadralmaut dari negeri Yaman.
Kaum 'Ad ini mahir membina patung berhala dan menyembahnya. Mereka sombong dan angkuh dengan seruan Nabi Hud.
Mereka menyangka mereka bijak dan pengikut Nabi Hud bodoh, sedangkan mereka sebenarnya yang bodoh.
Mereka juga suka menyamun, merompak dan menyiksa tawanan perang tanpa perikemanusiaan.
Nabi Hud telah mengingatkan mereka tentang hukuman Allah pada umat Nabi Nuh tapi mereka dustakan semua nasihat itu.
Cerita ini ada dalam Surah Hud, ayat 50-54, Surah Asy-Syu'ara', ayat 123-139 dan Surah Al-A'raf, ayat 65-72.
Mereka tidak terima kebenaran. Allah turunkan pada mereka siksaan berupa angin sharshar (angin yang keras) hingga mereka mati bergelimpangan seperti pohon yang tumbang. Surah Fushilat, ayat 15-16 dan Surah Al-Haqqah, ayat 6-8.
Semua kaum 'Ad musnah di muka bumi kecuali Nabi Hud dan orang yang beriman, Allah selamatkan dari bencana.
KISAH NABI SALEH a.s.
Nabi Saleh a.s. anak Ubaid bin Jabir bin Tsamud. Keturunan Nabi Nuh a.s yang keenam.
Kaumnya bernama Tsamud. Mereka tinggal di pergunungan dan bukit-bukit yang terletak antara Hijaz dan Syam.
Sama dengan kaum 'Ad, mereka menyembah berhala. Nabi Saleh selalu menyeru mereka supaya menyembah Allah, tapi mereka engkar. Surah Hud, ayat 61-63.
Nabi Saleh dikatakan mempunyai ilmu sihir. Mereka minta supaya ditunjukkan bukti kerasulan.
Nabi Saleh dikurniakan mukjizat memiliki seekor unta yang tak boleh diganggu orang. Kerana kaum Tsamud tidak percaya dengan Nabi Saleh, mereka mengganggu unta itu dan membunuhnya. Surah Asy-Syu'ara', ayat 153-159.
Surah Al-A'raf, ayat 77-78 yang bermaksud:
Mereka terus menyembelih unta itu dengan menderhaka perintah Allah, seraya berkata: "Hai Saleh! Datangkan kepada kami apa yang engkau janjikan, jika engkau orang yang diutus Allah."
Mereka terus menyembelih unta itu dengan menderhaka perintah Allah, seraya berkata: "Hai Saleh! Datangkan kepada kami apa yang engkau janjikan, jika engkau orang yang diutus Allah."
Tengah mereka berkata demikian, berlaku gempa bumi yang kuat hingga mereka mati dalam rumah.
Nabi Saleh dan orang beriman telah pergi selamatkan diri. Menurut riwayat, mereka yang terselamat adalah seramai 120 orang. Mereka berhijrah ke Hadralmaut dan Mekah.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment