Sunday, December 8, 2019

Sudut Kongsi Ilmu: Kisah Nabi Ibrahim, Nabi Luth a.s.

KISAH NABI IBRAHIM a.s.

Nabi Ibrahim a.s. adalah anak Azar, tukang membuat patung yang menjadi sembahan mereka.
Nabi Ibrahim lahir di tengah masyarakat yang penuh kemusyrikan dan kekufuran, tetapi Nabi Ibrahim dipelihara oleh Allah daripada perbuatan kufur.

Pada zaman Nabi Ibrahim lahir, ada seorang raja yang sangat zalim iaitu raja Namrudz. Pada zaman ni ada undang-undang kerajaan yang tidak membenarkan bayi lelaki dari bangsa Israil hidup. Kalau ada penduduk yang lahirkan bayi lelaki, mesti dibunuh. Sebab raja takut ada lelaki yang akan musnahkan kerajaannya.

Nabi Ibrahim dibuang ke hutan.

Orang tua Nabi Ibrahim tidak membunuhnya kerana tidak sampai hati, tetapi Nabi Ibrahim telah dibuang ke dalam gua di sebuah hutan. Ditinggalkan sendirian. Pada fikiran logik akal, anak ini akan mati kerana tidak ada orang mengasuh dan mungkin akan dimakan binatang buas.

Tetapi berlaku kejadian aneh, iaitu Nabi Ibrahim membesar dengan sihat di dalam gua itu walaupun tanpa makanan. Makanannya ialah dengan mengisap jarinya dan keluar madu dengan izin Allah. Beliau sihat wal'afiat tanpa diganggu oleh sesiapa. Keanehan ini disebut Irhash, iaitu suatu kejadian luar biasa yang terjadi pada Rasul semasa kecil dengan izin Allah s.w.t.

Orang tua Nabi Ibrahim pergi menjenguk ke dalam gua kerana menyangka anaknya telah mati, tetapi terkejut melihat Ibrahim membesar dengan sihat. Sejak itu mereka sentiasa melawat anaknya secara rahsia. Hingga peraturan raja yang zalim itu tiada, baru mereka berani bawa balik Nabi Ibrahim.

Semasa Nabi Ibrahim makin besar, beliau banyak bertanya pada ibu bapanya tentang ketuhanan. Siapa yang menjadikan dirinya, siapa yang menjadikan alam, dan jawapan orang tuanya tidak memuaskan hatinya. Beliau mencari jawapan sendiri, siapakah Tuhan yang sebenar.

Nabi Ibrahim berdidkusi dengan bapa dan kaumnya.

Setelah Nabi Ibrahim dewasa, Allah bagi kepintaran berfikir yang luar biasa padanya dan berani berdebat dengan bapa dan kaumnya tentang hal keTuhanan. Surah Al-anbiya, ayat 51-67.

Nabi Ibrahim dengan berani menghancurkan berhala sembahan bapanya dan kaum pada masa itu. Semua patung kecil dimusnahkan dan tinggal 1 patung besar dan diletakkan kapak pada bahu patung besar itu seolah-olah patung itu yang musnahkan patung kecil. Berlaku perdebatan dengan kaum tersebut.

Walaupun Nabi Ibrahim benar, mereka tidak puas hati dan meminta raja menghukum Nabi Ibrahim dengan membakar dalam api yang menyala-nyala.

Berlaku hukuman terhadap Nabi Ibrahim. Setelah kayu api dikumpul dan dibakar, Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api yang sedang marak.

Mereka sangka mereka telah menang, tapi Allah menjaga Nabi Ibrahim dan mengarahkan api supaya dingin pada Nabi Ibrahim. Setelah api padam, Nabi Ibrahim keluar dengan selamat. Surah Al-anbiya', ayat 69.

Nabi Ibrahim menyeru ayahnya.

Nabi Ibrahim sentiasa menyeru ayahnya supaya menyembah Allah tapi tidak diendahkan.
Sejak bapanya tidak mahu menyahut seruan, Nabi Ibrahim putuskan hubungan dengan bapanya dan berpindah ke Tanah Suci (Baitulmaqdis) hingga mendapat anak soleh dan keturunan yang baik.

Nabi Ibrahim mendapat ujian.

Nabi Ibrahim mempunyai 2 orang isteri.
Isteri pertama, Siti Sarah. Dengan Siti Sarah, Nabi Ibrahim tidak dapat anak. Kemudian berkahwin dengan Siti Hajar, baru dapat anak bernama Ismail.

Setelah usia Siti Sarah lanjut, baru dapat putera yang diberi nama Ishaq.
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi supaya menyembelih anaknya Ismail. Setelah bermusyawarah dengan anak isterinya, Nabi Ibrahim menjalankan perintah Allah dengan menyembelih Ismail.

Semasa proses sembelihan, darah memancut keluar, Nabi Ibrahim dapati beliau sembelih seekor kibas dan Ismail selamat di sisinya. Mereka gembira dan bersyukur. Mereka pulang ke rumah dengan bertakbir dan tasbih sepanjang jalan.

Nabi Ibrahim memohon pada Allah supaya diperlihatkan bagaimana cara Allah hidupkan orang mati. Allah minta Nabi Ibrahim sembelih 4 ekor burung dan potong menjadi potongan kecil dan diletakkan berasingan dibeberapa bukit. Setelah dipanggil, burung-burung itu hidup semula.

Demikian Allah menunjukkan kekuasaanNya.


KISAH NABI LUTH a.s.

Luth a.s. adalah anak saudara Nabi Ibrahim a.s. Beliau diutuskan oleh Allah ke negeri Sadum. Negeri yang penduduknya sangat derhaka pada Allah.

Budi pekerti kaumnya sangat rendah, tidak tahu malu dan tidak suka diberi nasihat. Mereka suka pada kaum sejenis (lelaki dengan lelaki) dan menolak perkahwinan. Mereka berbuat keji dan menyamun di tengah jalan serta membuat perkara mungkar di tempat awam.

Bila dinasihat, mereka mencabar supaya datangkan siksaan Allah. Nabi Luth memohon pertolongan Allah untuk melawan kaumnya yang derhaka. Surah Al-Ankabut, ayat 28-30.

Sebelum Allah musnahkan negeri Nabi Luth, utusan Allah (Malaikat) dikirim untuk memberi khabar supaya Nabi Luth dan orang beriman berpindah kecuali isteri Nabi Luth yang termasuk golongan yang disiksa.

Malaikat yang datang dalam rupa lelaki tampan hingga menimbulkan kebimbangan Nabi Luth. Ini kerana kaumnya yang suka pada lelaki mengintai tamu Nabi Luth dan meminta untuk memilikinya.

Namun Malaikat memberi jaminan pada Nabi Luth dan mengajar cara selamatkan diri, keluar rumah pada waktu malam sebab siksaan Allah akan datang waktu pagi.

Setelah Nabi Luth dan orang beriman meninggalkan negeri itu, siksaan Allah datang. Negeri itu ditimpa gempa bumi yang dahsyat dan hujan batu yang keras.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

TAHUN BARU HIJRAH 1443

  Gambar hiasan Assalamualaikum w.b.t. Lamanya tinggalkan ruang ni. Mungkin ini kesan dari pandemik covid19 yang masih menguasai seluruh dun...