Sunday, December 8, 2019

IKLAN PENAJA

Pada bakal pengantin sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang masih mencari busana, boleh jenguk Butik Auralisha, di Taman Permata. Sekarang ada PROMOSI, sepasang baju lelaki dan perempuan yang lengkap aksesori, hanya RM499.



Harga asal sewa sepasang busana pada tahun 2018 adalah RM800 sepasang, kemudian harga terkini RM599. Tahun 2020 akan kekal harga RM599.

Boleh juga lawati page Auralisha Bridal & Hijab. www.facebook.com/alisha811

Tahun depan, insyaAllah akan ada PAKEJ LENGKAP termasuk dewan, pelamin, katering, busana, make up. Akan diwar-warkan jika semua sudah sedia.

Lokasi : Butik Auralisha Bridal & Hijab, Shop Lot, Jalan Permata 4, Taman Permata, Ulu Kelang, KL.
Tel: 011-15260775

Sudut Kongsi Ilmu: Kisah Nabi Ibrahim, Nabi Luth a.s.

KISAH NABI IBRAHIM a.s.

Nabi Ibrahim a.s. adalah anak Azar, tukang membuat patung yang menjadi sembahan mereka.
Nabi Ibrahim lahir di tengah masyarakat yang penuh kemusyrikan dan kekufuran, tetapi Nabi Ibrahim dipelihara oleh Allah daripada perbuatan kufur.

Pada zaman Nabi Ibrahim lahir, ada seorang raja yang sangat zalim iaitu raja Namrudz. Pada zaman ni ada undang-undang kerajaan yang tidak membenarkan bayi lelaki dari bangsa Israil hidup. Kalau ada penduduk yang lahirkan bayi lelaki, mesti dibunuh. Sebab raja takut ada lelaki yang akan musnahkan kerajaannya.

Nabi Ibrahim dibuang ke hutan.

Orang tua Nabi Ibrahim tidak membunuhnya kerana tidak sampai hati, tetapi Nabi Ibrahim telah dibuang ke dalam gua di sebuah hutan. Ditinggalkan sendirian. Pada fikiran logik akal, anak ini akan mati kerana tidak ada orang mengasuh dan mungkin akan dimakan binatang buas.

Tetapi berlaku kejadian aneh, iaitu Nabi Ibrahim membesar dengan sihat di dalam gua itu walaupun tanpa makanan. Makanannya ialah dengan mengisap jarinya dan keluar madu dengan izin Allah. Beliau sihat wal'afiat tanpa diganggu oleh sesiapa. Keanehan ini disebut Irhash, iaitu suatu kejadian luar biasa yang terjadi pada Rasul semasa kecil dengan izin Allah s.w.t.

Orang tua Nabi Ibrahim pergi menjenguk ke dalam gua kerana menyangka anaknya telah mati, tetapi terkejut melihat Ibrahim membesar dengan sihat. Sejak itu mereka sentiasa melawat anaknya secara rahsia. Hingga peraturan raja yang zalim itu tiada, baru mereka berani bawa balik Nabi Ibrahim.

Semasa Nabi Ibrahim makin besar, beliau banyak bertanya pada ibu bapanya tentang ketuhanan. Siapa yang menjadikan dirinya, siapa yang menjadikan alam, dan jawapan orang tuanya tidak memuaskan hatinya. Beliau mencari jawapan sendiri, siapakah Tuhan yang sebenar.

Nabi Ibrahim berdidkusi dengan bapa dan kaumnya.

Setelah Nabi Ibrahim dewasa, Allah bagi kepintaran berfikir yang luar biasa padanya dan berani berdebat dengan bapa dan kaumnya tentang hal keTuhanan. Surah Al-anbiya, ayat 51-67.

Nabi Ibrahim dengan berani menghancurkan berhala sembahan bapanya dan kaum pada masa itu. Semua patung kecil dimusnahkan dan tinggal 1 patung besar dan diletakkan kapak pada bahu patung besar itu seolah-olah patung itu yang musnahkan patung kecil. Berlaku perdebatan dengan kaum tersebut.

Walaupun Nabi Ibrahim benar, mereka tidak puas hati dan meminta raja menghukum Nabi Ibrahim dengan membakar dalam api yang menyala-nyala.

Berlaku hukuman terhadap Nabi Ibrahim. Setelah kayu api dikumpul dan dibakar, Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api yang sedang marak.

Mereka sangka mereka telah menang, tapi Allah menjaga Nabi Ibrahim dan mengarahkan api supaya dingin pada Nabi Ibrahim. Setelah api padam, Nabi Ibrahim keluar dengan selamat. Surah Al-anbiya', ayat 69.

Nabi Ibrahim menyeru ayahnya.

Nabi Ibrahim sentiasa menyeru ayahnya supaya menyembah Allah tapi tidak diendahkan.
Sejak bapanya tidak mahu menyahut seruan, Nabi Ibrahim putuskan hubungan dengan bapanya dan berpindah ke Tanah Suci (Baitulmaqdis) hingga mendapat anak soleh dan keturunan yang baik.

Nabi Ibrahim mendapat ujian.

Nabi Ibrahim mempunyai 2 orang isteri.
Isteri pertama, Siti Sarah. Dengan Siti Sarah, Nabi Ibrahim tidak dapat anak. Kemudian berkahwin dengan Siti Hajar, baru dapat anak bernama Ismail.

Setelah usia Siti Sarah lanjut, baru dapat putera yang diberi nama Ishaq.
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi supaya menyembelih anaknya Ismail. Setelah bermusyawarah dengan anak isterinya, Nabi Ibrahim menjalankan perintah Allah dengan menyembelih Ismail.

Semasa proses sembelihan, darah memancut keluar, Nabi Ibrahim dapati beliau sembelih seekor kibas dan Ismail selamat di sisinya. Mereka gembira dan bersyukur. Mereka pulang ke rumah dengan bertakbir dan tasbih sepanjang jalan.

Nabi Ibrahim memohon pada Allah supaya diperlihatkan bagaimana cara Allah hidupkan orang mati. Allah minta Nabi Ibrahim sembelih 4 ekor burung dan potong menjadi potongan kecil dan diletakkan berasingan dibeberapa bukit. Setelah dipanggil, burung-burung itu hidup semula.

Demikian Allah menunjukkan kekuasaanNya.


KISAH NABI LUTH a.s.

Luth a.s. adalah anak saudara Nabi Ibrahim a.s. Beliau diutuskan oleh Allah ke negeri Sadum. Negeri yang penduduknya sangat derhaka pada Allah.

Budi pekerti kaumnya sangat rendah, tidak tahu malu dan tidak suka diberi nasihat. Mereka suka pada kaum sejenis (lelaki dengan lelaki) dan menolak perkahwinan. Mereka berbuat keji dan menyamun di tengah jalan serta membuat perkara mungkar di tempat awam.

Bila dinasihat, mereka mencabar supaya datangkan siksaan Allah. Nabi Luth memohon pertolongan Allah untuk melawan kaumnya yang derhaka. Surah Al-Ankabut, ayat 28-30.

Sebelum Allah musnahkan negeri Nabi Luth, utusan Allah (Malaikat) dikirim untuk memberi khabar supaya Nabi Luth dan orang beriman berpindah kecuali isteri Nabi Luth yang termasuk golongan yang disiksa.

Malaikat yang datang dalam rupa lelaki tampan hingga menimbulkan kebimbangan Nabi Luth. Ini kerana kaumnya yang suka pada lelaki mengintai tamu Nabi Luth dan meminta untuk memilikinya.

Namun Malaikat memberi jaminan pada Nabi Luth dan mengajar cara selamatkan diri, keluar rumah pada waktu malam sebab siksaan Allah akan datang waktu pagi.

Setelah Nabi Luth dan orang beriman meninggalkan negeri itu, siksaan Allah datang. Negeri itu ditimpa gempa bumi yang dahsyat dan hujan batu yang keras.

Wallahu'alam.

Sudut Kongsi Ilmu: Kisah Nabi Nuh, Nabi Hud, Nabi Saleh a.s.

KISAH NABI NUH a.s

Semua orang Islam tahu pasal bahtera Nabi Nuh kan? Masih ingat ceritanya? Jika sudah ingat-ingat lupa, mari kita sama-sama hayati kisah ini.

Nabi Nuh a.s adalah keturunan yang ke-10 dari Nabi Adam a.s. Nabi Nuh diutus Allah s.w.t untuk menyeru umat manusia supaya menyembah Allah. Tetapi manusia pada zaman itu tidak mengendahkan seruan itu malah mereka selalu memperolok-olokkan.

Segala seruan Nabi Nuh disambut dengan cemuhan dan ejekan. Kisah ini ada dalam Surah Hud, ayat 25-32.

Kerana mereka tidak mahu terima kebenaran, Allah turunkan siksaan yang berupa banjir besar hingga mereka musnah sama sekali.

Sebelum Allah turunkan banjir besar, Allah ajarkan cara buat kapal besar kepada Nabi Nuh (melalui Malaikat).

Semasa membina kapal, Nabi Nuh diejek lagi oleh kaumnya dengan berkata, "Lihatlah Nabi kita sekarang sudah menjadi tukang kayu dan pandai membuat kapal. Ke manakah kapal ini akan belayar? Bolehkah kapal ini belayar di daratan? Ada- ada saja kepandaian Nabi Nuh, mungkin dia ini akan menipu kita saja."

Segala ejekan dan hinaan disambut dengan tenang dan sabar oleh Nabi Nuh. Lepas selesai bina kapal, janji Allah tiba. Hujan lebat turun tanpa henti berhari-hari lamanya, mata air bersemburan dari dalam bumi. Angin badai tak ketinggalan. Hingga air makin melimpah dan bumi jadi lautan besar. Boleh rujuk Surah Hud, ayat 40.

Nabi Nuh dan orang beriman telah naik ke atas kapal dan belayar dengan selamat. Orang kafir lari untuk selamatkan diri ke gunung tapi air melimpah hingga ke puncak gunung. Mereka semua habis ditelan gelombang besar.

Nabi Nuh ternampak anak kandungnya yang hampir tenggelam dan Nabi Nuh menyeru supaya anaknya naik ke atas kapal. Anaknya menolak dan ingin selamatkan diri ke kawasan tinggi tapi dia turut tenggelam. Surah Hud, ayat 42-43.

Allah menegur Nabi Nuh yang ingin selamatkan anaknya, sedangkan anaknya bukan dari keluarganya sebab berlainan agama. Nabi Nuh memohon ampun pada Allah. Surah Hud, ayat 46-47.

Setelah orang-orang kafir habis binasa, air banjir mulai surut dan kapal Nabi Nuh terkandas di atas bukit yang bernama Judi (dekat Massoul). Surah Hud, ayat 44.

Nabi Nuh hidup selama 950 tahun. Nabi yang sering menangis memikirkan kaumnya yang derhaka pada Allah. Hanya sedikit sahaja kaumnya yang beriman.


KISAH NABI HUD a.s.

Nabi Hud adalah keturunan Sam bin Nuh (cucu Nabi Nuh). Diutuskan oleh Allah swt pada kaum 'Ad, suatu kaum yang tinggal di sebelah utara Hadralmaut dari negeri Yaman.

Kaum 'Ad ini mahir membina patung berhala dan menyembahnya. Mereka sombong dan angkuh dengan seruan Nabi Hud.

Mereka menyangka mereka bijak dan pengikut Nabi Hud bodoh, sedangkan mereka sebenarnya yang bodoh.

Mereka juga suka menyamun, merompak dan menyiksa tawanan perang tanpa perikemanusiaan.
Nabi Hud telah mengingatkan mereka tentang hukuman Allah pada umat Nabi Nuh tapi mereka dustakan semua nasihat itu.

Cerita ini ada dalam Surah Hud, ayat 50-54, Surah Asy-Syu'ara', ayat 123-139 dan Surah Al-A'raf, ayat 65-72.

Mereka tidak terima kebenaran. Allah turunkan pada mereka siksaan berupa angin sharshar (angin yang keras) hingga mereka mati bergelimpangan seperti pohon yang tumbang. Surah Fushilat, ayat 15-16 dan Surah Al-Haqqah, ayat 6-8.

Semua kaum 'Ad musnah di muka bumi kecuali Nabi Hud dan orang yang beriman, Allah selamatkan dari bencana.


KISAH NABI SALEH a.s.

Nabi Saleh a.s. anak Ubaid bin Jabir bin Tsamud. Keturunan Nabi Nuh a.s yang keenam.
Kaumnya bernama Tsamud. Mereka tinggal di pergunungan dan bukit-bukit yang terletak antara Hijaz dan Syam.

Sama dengan kaum 'Ad, mereka menyembah berhala. Nabi Saleh selalu menyeru mereka supaya menyembah Allah, tapi mereka engkar. Surah Hud, ayat 61-63.

Nabi Saleh dikatakan mempunyai ilmu sihir. Mereka minta supaya ditunjukkan bukti kerasulan.
Nabi Saleh dikurniakan mukjizat memiliki seekor unta yang tak boleh diganggu orang. Kerana kaum Tsamud tidak percaya dengan Nabi Saleh, mereka mengganggu unta itu dan membunuhnya. Surah Asy-Syu'ara', ayat 153-159.

Surah Al-A'raf, ayat 77-78 yang bermaksud:
Mereka terus menyembelih unta itu dengan menderhaka perintah Allah, seraya berkata: "Hai Saleh! Datangkan kepada kami apa yang engkau janjikan, jika engkau orang yang diutus Allah."

Tengah mereka berkata demikian, berlaku gempa bumi yang kuat hingga mereka mati dalam rumah.
Nabi Saleh dan orang beriman telah pergi selamatkan diri. Menurut riwayat, mereka yang terselamat adalah seramai 120 orang. Mereka berhijrah ke Hadralmaut dan Mekah.

Wallahu'alam.

Monday, December 2, 2019

Sudut Kongsi Ilmu : Kisah Nabi Adam dan Nabi Idris.

Kenapa saya tulis kisah Nabi di fb https://www.facebook.com/salihahusin? Saya namakan Sudut Kongsi Ilmu. Di facebook, 1 hari 1 kisah akan dikongsi. Di sini saya gabungkan beberapa posting menjadi satu.

Saya kongsi bahan bacaan ilmiah. Daripada baca seorang diri, lebih baik saya kongsi pada yang berminat nak baca. Untuk perkongsian pada anak muda yang mungkin sudah lupa pada sejarah nabi yang ada dalam al-quran. Juga untuk ingatkan diri sendiri agar sentiasa sebarkan manfaat.

Percaya pada Nabi itu salah satu rukun iman. Moga dengan mengetahui sejarah Nabi, iman kita makin mantap. Anak muda yang nak tempuh alam perkahwinan, harus 'upgrade' ilmu Tauhid untuk mantapkan iman. Tauhid yang kuat penting dalam menjalani kehidupan sehari-hari apalagi setelah berumahtangga kerana alam rumahtangga banyak cubaan yang harus dilalui.

Berdasarkan buku Qishashul Anbiya (Sejarah 25 Rasul), tulisan NY.H.Hidayah Salim, saya membuat ringkasan tanpa mengubah maksud supaya senang dibaca oleh masyarakat yang dahaga ilmu.

KISAH NABI ADAM A.S 

Manusia pertama dijadikan Allah swt ialah 'Adam a.s (alaihissalam)'. Dijadikan dari tanah, dibentuk jadi manusia dan ditiupkan ruh ke dalamnya. (Surah Al-Hijr: 26)

Sebelum wujud Nabi Adam, Allah jadikan bangsa jin dari api yang sangat panas. (Surah Al-Hijr:27)
Setelah kejadian Nabi Adam, Allah perintahkan semua isi Syurga (Malaikat dan jin) sujud tanda hormat. Semua Malaikat sujud sebab patuh perintah Allah kecuali Iblis. (Surah al-Baqarah:34)

Iblis sombong sebab rasa dirinya lebih mulia. Manusia dicipta dari tanah yang busuk sedangkan ia dicipta dari api yang panas. Kerana engkar, Allah mengusir iblis dari syurga. (surah Al-Baqarah: 32-35)
Sejak itu iblis berdendam dengan manusia. Ia minta pada Allah agar dipanjangkan usia hingga hari kiamat. Allah perkenankan.

Sebab itu Iblis sentiasa berusaha menyesatkan manusia dengan berbagai tipu helah.

Nabi Adam a.s menerima pelbagai ilmu dari Allah swt. Kemudian Allah minta Malaikat namakan benda-benda yang diajarkan pada Nabi Adam dan Malaikat tidak tahu selain apa yang telah diajarkan padanya.

Walaupun Nabi Adam bersenang-senang di dalam Syurga, namun naluri ingin mempunyai teman tetap ada. Allah swt menciptakan seorang teman yang bernama 'Hawa' supaya Nabi Adam boleh hidup dengan aman, tenteram serta saling mencintai.

Tinggallah keduanya di dalam Syurga Allah dengan senang menikmati segala yang ada kecuali satu  larangan iaitu mendekati pohon kayu khuldi.

Tetapi apa yang terjadi?

Syaitan tahu Allah larang Nabi Adam dan Siti Hawa mendekati pohon kayu khuldi. Dia berusaha sedaya upaya memperdaya keduanya agar makan buah khuldi.

Syaitan datang berupa orang yang bersih hati dan berduka cita hingga menarik perhatian Nabi Adam dan Siti Hawa. Dia bersandiwara kononnya sedih fikirkan nasib Adam dan Hawa, kalau tak makan buah khuldi ni akan sebabkan mereka terusir dari syurga. (Surah Al-A'raf: 20-22)

Adam dan Hawa terpedaya lalu memakan buah khuldi. Allah murka lalu keduanya mohon ampun (bertaubat) pada Allah. Allah terima taubat tapi dipindahkan ke bumi buat sementara sampai ajalnya. (Surah Al-A'raf: 25).

Setelah Adam dan Hawa melanggar perintah Allah, terbukalah pakaiannya yang bagus-bagus dan terpaksalah auratnya ditutup dengan daun-daun kayu.

Keduanya dipindahkan ke bumi bukan di satu tempat, bahkan terpisah dengan jarak yang sangat jauh dan masing-masing mencari-cari. Akhirnya bertemu keduanya di satu tempat yang bernama Padang 'Arafah, ertinya padang tempat kenal-mengenal antara Adam dan Hawa yang sudah lama tidak bertemu.

Adam dan Hawa mempunyai anak yang ramai. Setiap kali lahir anak kembar. Pada zaman ni dibolehkan kahwin dengan saudara sendiri tapi bukan dengan kembar.

Qabil dan Habil.
Iqlima dan Labuda.

Pernah dengar nama ni kan? Tapi lupa...siapakah gerangan.

Mereka adalah anak-anak Nabi Adam a.s.
Qabil dan Iqlima, pasangan kembar.
Habil dan Labuda, pasangan kembar.

Iqlima wanita tercantik. Qabil kembarnya menentang peraturan Allah, ingin kahwini Iqlima.
Ikut peraturan waktu tu, Habil harus kahwini Iqlima dan Qabil harus kahwini Labuda.

Nabi Adam a.s mempertahankan hukum Allah supaya Iqlima kahwin dengan Habil.
Qabil tolak keputusan itu dan Allah perintahkan diadakan kurban. Qabil dan Habil berkurban dan kurban siapa yang diterima Allah, harus kahwini Iqlima. (Surah Al-Maidah: 27-30). Akhirnya kurban Habil diterima Allah.

Qabil marah kepada Habil lalu berlaku pembunuhan. Habil adalah orang pertama meninggal dunia di muka bumi ini.

Dalam kebingungan, Qabil melihat 2 ekor burung gagak berkelahi dan seekor terbunuh. Burung gagak yang hidup menggali tanah dan menanam mayat si mati. Qabil ikut menanam mayat saudaranya seperti burung gagak.

Nabi Adam wafat dalam usia 1000 tahun. Ada riwayat mengatakan bahawa Nabi Adam dikebumikan di Hindustan. Ada riwayat lain mengatakan di Mekah atau Jeddah, berdekatan dengan Siti Hawa. Waallahua'lam.

KISAH NABI IDRIS a.s.

Nabi Idris a.s adalah orang yang mula-mula pandai menulis dengan kalam dan pandai membaca.
Allah turunkan 30 sohifah (petunjuk) untuk disampaikan pada ummatnya (keturunan Qabil yang derhaka pada Allah).

Nabi Idris adalah orang yang mula-mula pandai merancak kuda, ilmu bintang, berhitung.
Beliau juga orang yang pertama pandai menggunting dan menjahit pakaian.

Walaupun sibuk dengan pelbagai urusan dunia, beliau tidak lalai sedikitpun dari mengingati Allah.

Beliau mempunyai kekuatan yang hebat memerangi orang yang derhaka pada Allah.
Allah kurniakan darjat yang tinggi pada Nabi Idris. Keinginan beliau untuk melihat alam ghaib (naik ke langit) diperkenankan Allah.

Ada riwayat menceritakan, ketika Nabi Muhammad saw naik ke langit dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj, baginda bertemu dengan Nabi Idris a.s.

Waallahu'alam.

Friday, November 29, 2019

Asas Fardhu Ain

Ramaikah anak muda yang tak faham asas fardhu ain?
Bagaimana dengan yang nak masuk alam perkahwinan?
Cukupkah dengan ilmu agama masa zaman sekolah dan belajar dalam Kursus Kahwin?

Saya terjumpa soal jawab agama tentang perkara yang membatalkan wudhuk. Ini adalah perkara asas yang belajar di peringkat sekolah rendah.
Terpanggil untuk berkongsi buat renungan bersama.

***

Copy paste dari ruang soal jawab agama dalam portal Jakim.

Soalan Kemusykilan

Adakah Wuduk Saya Batal Sekiranya Setelah Saya Selesai Mengambil Wuduk, Dalam Keadaan Tapak Tangan Yang Basah, Saya Meraut Air Yang Mengalir Di Muka? Adakah Air Dari Tapak Tangan Saya Yang Basah Itu, Bercampur Dengan Yang Mengalir Di Muka, Dikira Sebagai Air Musta'mal?

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t,
Saudari yang dirahmati Allah,
Berikut adalah perkara yang membatalkan wuduk;
1. Keluar sesuatu daripada kedua jalan (qubul dan dubur).
2. Hilang akal sama ada dengan tidur atau selainnya. Melainkan (tidak membatalkan wuduk) sekiranya tidur dalam keadaan duduk yang tetap punggungnya di atas tempat duduknya.
3. Bersentuhan (kulit) di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa berlapik.
4. Menyentuh qubul dan dubur dengan telapak tangan.
Justeru, wuduk tidak batal dengan sebab merautkan air yang mengalir di muka. Bahkan air dari tapak tangan yang basah dan bercampur dengan air yang mengalir di muka tidak dikira sebagai air musta'mal. Wallahua'lam


Wednesday, October 30, 2019

Berubah jadi positif

Nak jadi positif kena usaha.

Cuba sikit dulu. Contoh, suka marah-marah atau guna bahasa sindiran kat medsos. Usaha tinggalkan, tahan diri bila marah. Tulis yang positif. Lama-lama jadi biasa. InsyaAllah.

 Foto sekadar hiasan.

Bertemu kembali ...

Perkahwinan bukan sekadar ada ijab dan qabul, tetapi merangkumi setiap aspek kehidupan.

Berminat nak dapatkan Tips Pengantin Cantik Dan Bahagia?
Follow akak rapat-rapat dulu, sampai masa akak share.

Selamat petang. 

Thursday, October 3, 2019

Jangan sedih kalau belum dikurniakan zuriat.

Terpanggil untuk cerita satu kisah.

Sepasang suami isteri ni kahwin ketika umur dah agak matang, isteri 29, suami 34.
Ditakdirkan mereka lambat dapat zuriat. Tahun demi tahun menanti dengan penuh harapan.

Bila jumpa mak kawan, ada yang cakap begini,
"Rugi la beranak lambat. Si A dah berderet anak." Dibandingkan dengan anak dia pula.

Seorang lagi mak kawan lain cakap,
"Bila nak ada anak ni, nanti dah lewat penat nak jaga anak."
Nasib baik si suami tak dengar. Perempuan, jenis sensitif pulak tu, mana tak sedih bila ditegur macam tu.

Masuk tahun ke3 perkahwinan, pasangan ni hampir nak ambil anak angkat. Tapi tak jadi sebab rasa tak sampai hati nak pisahkan si kembar dan ada sebab lain yang menghalang.

Pada masa sama juga mereka tak berhenti cari jalan buat rawatan. Ulang alik ke hospital dan guna kaedah tradisional juga.

Allah gerakkan hati mereka untuk buat rawatan Islam. Mula-mula buat rawatan, kemudian belajar untuk rawat diri sendiri. Hampir 2 tahun belajar sambil merawat diri sendiri.

Alhamdulillah tahun ke-6 perkahwinan, mereka dikurniakan seorang zuriat perempuan, pelengkap rumahtangga.

Itulah sebahagian kisah kami. Si anak, Alisha diberi nama, yang bermaksud 'yang dilindungi Tuhan'. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah swt.

Kami diuji 6 tahun je, ada orang lebih lama. Ada juga tak ada langsung.

Lepas dapat anak, kita ingat balik pengalaman, baru terfikir, ada hikmat setiap kejadian yang Allah dah atur.

Ada dengar dalam usrah IKIM.
Kita selalu fikir apa yang belum kita dapat. Kita jadi sedih sebab masih tak dapat apa yang kita nak.

Kita akan lebih tenang kalau kita belajar bersyukur dengan apa yang kita dah dapat. Kita faham konsep rezeki dari Allah, insyaAllah lebih tenang.

Kita lambat dapat anak tapi kita bahagia dengan pasangan kita. Rezeki kita melimpah ruah dengan cara lain.

Orang ramai anak juga diuji dengan pelbagai ujian. Setiap orang tak sama Allah uji.

Ada ustazah cakap, juga dalam radio suatu ketika dulu. Kalau orang tegur pasal bila nak dapat anak, jangan cakap 'tak ada rezeki lagi', cakap 'insyaAllah moga ada rezeki.'

Jangan sedih pada yang belum ada anak. Teruskan usaha, doa sungguh-sungguh, betulkan cara berdoa. Lepas tu serah pada Allah. Rezeki Allah yang tentukan.

Monday, August 19, 2019

Bantu anak hafal SIFIR

Ibu bapa yang ada anak bersekolah rendah perlu bersedia dari segi mental dan fizikal menghadapi alam persekolahan anak. Silibus pendidikan sekarang makin mencabar sesuai dengan tahap pemikiran anak-anak sekarang. 

Ini bab Matematik sahaja, belum masuk subjek lain. Dari anak di tahun 1, kami bagi dia belajar sistem Abacus di pusat tuisyen SIP. Dia sendiri suka nak belajar, tak pernah paksa. Alhamdulillah nampak perkembangan dia. 

Cuma bila sudah masuk Level 3, kena hafal sifir. Serentak juga dengan silibus Tahun 3 di Sek. Kebangsaan, kena hafal sifir. Sudah beberapa bulan menghafal, nampaknya masih tak ingat. Terkial-kial nak buat latihan. 

Nak marah pun tak guna, bila kita sendiri tak tahu teknik betul suruh dia hafal. Asyik guna cara kuno je, mana tak boring budak ni. Hafal hari ni esok dah lupa. Kalau bertulis dia boleh jawab walaupun lambat mengira, bila disoal dia jadi blurr.

Terjumpa ebook sifirlicious yang Cikgu Mohd Fadli Salleh jual. Alhamdulillah dapat beli masa harga promo. 

Apa yang menarik, Cikgu MFS bagi 10 Tips untuk hafal sifir. Mak ayah boleh guna panduan ni. Apa yang penting, kita kena setkan dalam minda anak yang matematik tak susah. Bagi mereka seronok nak belajar. 

Ada panduan hafal sifir berwarna dan set latih tubi. Hanya print dan bagi anak buat. Mesti seronok sebab cantik. Tak payah buat sendiri, print je. Dalam set ni juga ada penerangan dalam bentuk video. Macam cikgu ajar tuisyen kat rumah. 

Akak test sikit kat Alisha, seronok dia tengok warna warni. Nampak rajin lain macam pulak dia. Seronok dia menghafal. Sambil masak pun ummi boleh pantau dia hafal sifir. Moga berterusan rajinnya. 


Sekarang masih ada harga PROMOSI. Tengah malam ni dah tutup harga promo ni. CEPAT taw! 

Untuk pertanyaan, boleh wasap 011-15260775.

Friday, August 16, 2019

Apa itu Lala?

Akak rasa macam ketinggalan bila anak saudara cerita pasal Lalamove masa dia datang beraya tempohari. Katanya dia tengah 'gila' buat kerja part time dengan Lala.

Apa tu Lala?

Rupanya servis delivery yang masih baru di Malaysia. Baru setahun lebih macam tu. Kalian boleh Google Lalamove.com untuk tahu lebih lanjut.

Sama macam Grab Food dan Food Panda juga, cuma servis Lala lebih daripada sekadar hantar makanan. Semua benda boleh order dengan Lala ni. Kadang-kadang bawa beg oren, kadang tak ada beg kalau hantar dokumen.

Apa yang menarik, kata anak saudara akak, dia pernah diminta belikan barang keperluan dapur di NSK dengan senarai barang disertakan. Dia anak muda yang baru kahwin dan hanya ada sedikit pengalaman beli barang dapur. Boleh la guna pengalaman tu katanya. Dia masuk NSK dan cari barang yang customer order. Selesai beli barang, dia terus hantar pada customer. Boleh dahulukan duit sendiri dan bayaran komisyen akan jadi lebih tinggi. Senang betul orang sekarang, servis hanya di hujung jari.

Tadi terdengar dalam radio pasal servis delivery juga yang mana customer yang order makanan, tetiba tambah order, minta runner belikan ubat panadol sebab dia demam. Makanan dan ubat selamat sampai pada pemuda yang sakit tadi. Kurang pasti delivery apa tapi bunyi macam hampir sama ceritanya.

Servis penghantaran yang mampu membantu orang yang betul-betul memerlukan.
Bagus untuk kita sokong sama ada sebagai pelanggan atau peniaga.

facebook



Kalian boleh jumpa akak di facebook. Klik aje link ni.


https://www.facebook.com/salihahusin


Thursday, August 15, 2019

Doa Pendinding

Sebelum raya korban baru ni, ada jumpa rakan bisnes lama yang kat dalam mall. Kakak senior, dah 10 tahun buka kedai dalam mall.

Cerita pasal dia kena santau sebab hasad dengki sesama peniaga. Sampai sekarang masih berubat, masih lawan sakit. Kadang-kadang dah putus asa nak buat rawatan sebab banyak kali juga tertipu. Allahu.

Lama juga dengar dia meluahkan perasaan. Bila dengar macam tu, takut pun ada tapi bersyukur kita tak kena ujian macam tu. Mungkin itu ujian untuk dia. Kita ni lain pula ujiannya.

Itu yang teringat nak share doa pendinding,
Bismillahi llazi la yadhurru maasmihi syai'un fil ardhi wala fissama'i wahuwassamii'un a'liim.

Amalkan 3 kali pagi dan 3 kali petang.

Alhamdulillah akak selalu amalkan doa tu berserta Bismillahi tawakkaltu alallahi la haula wala quwwata illa billah (3x).

Baca sebelum keluar rumah, kadang sambil jalan nak hantar Alisha ke sekolah. InsyaAllah, mudah-mudahan Allah lindung anak dari sebarang bahaya.

Kita ni dah tau macam-macam doa tapi kadang-kadang lupa. Itulah share agar sama-sama dapat manfaat, pakat ingat balik kalau lupa.

Tak kira siapa kita, kerja ke niaga ke, bacalah doa pendinding. Sebab syaitan ada di mana-mana. Manusia bertopengkan syaitan pun banyak. Kita tak kacau orang pun ada yang dengki.

Meniaga online pun sama. Menonjol sangat pun ada yang tak suka. Minta jauh la kan, Nauzubillah.
Pendek kata, kena sentiasa hati-hati walau di mana berada.

Itu je nak share. Moga bermanfaat.
Terima kasih sebab sudi baca.

WSH

Thursday, July 4, 2019

Di sebalik pokok

Suatu malam, Lokman ambil angin malam di depan rumah. Tiba-tiba...zoom sekelip mata ada benda terbang. "Allahuakbar!" Terkejut Lokman. Mulut terkumat kamit baca ayat kursi. Dia terus masuk dalam rumah.

Mereka baru menyewa di situ dalam sebulan. Kiri rumah warga emas non muslim. Kanan rumah kosong tak berpenghuni. Depan rumah ada pokok besar menutupi jalan. Waktu malam agak seram.

Lokman tak cerita pada  isterinya Suraya, bimbang mengundang rasa takut bila dia sendirian.

Keesokan hari, Suraya dan si kecil sudah lena di bilik. Lokman masih sendirian melayan mata yang belum mahu tidur.

Suasana sunyi sepi.. Tiba-tiba, 'tap, tap, tap,' bunyi orang naik tangga turun tangga di rumahnya. 'Isyh! Apa pulak ni?' Lokman sudah geram bila kali kedua beliau diuji.

Seperti selalu, Lokman akan bacakan ayat kursi tak berhenti. Diam.

Pagi seperti biasa,  Suraya siapkan Damia ke sekolah. Sebelum pergi kerja, mereka sarapan sama-sama.

Lokman diam memikirkan hal malam tadi. Dia sedar kat rumah ni ada sesuatu. Dia tak mahu 'benda tu' kacau isteri dan anaknya.

"Kenapa abang diam je?" Suraya bersuara.

"Tak ada apa." Lokman masih berfikir perlukah dia cerita pada Suraya pasal semalam. 'Ah, tak payah la.' Dia bermonolog sendiri.

Beberapa hari berlalu.

Suraya sedang mengemas di bilik atas. Anaknya sudah lena diulit mimpi. Lokman sendirian di tingkat bawah menonton TV.

'Tung tang tung tang,' ada bunyi dari dapur.

"Su! Masak apa malam-malam ni?" Lokman fikir Suraya ada di dapur.

"Su kat atas ni." Suraya bersuara dari tingkat atas.

'Hah! Kat atas?' Lokman mula terasa ada sesuatu. Dia kumat kamit baca ayat al-Quran. Dia tak takut, cuma dia geram selalu sangat diganggu.

Diam. Dia tunggu beberapa ketika untuk pastikan benda tu tak ada.

Dia naik atas, tiba-tiba kaki terasa berat. Makin berat. Dalam kepayahan sambil melawan, bedebuk! Terjatuh juga akhirnya.

"Kenapa abang?" Suraya segera menerpa.

"Astaghfirullah...mimpi rupanya."






Tuesday, July 2, 2019

Wanita selalu beremosi?

Wanita selalu dikaitkan dengan emosi. Daripada ceria, gembira, tiba-tiba berubah jadi moody. Kenapa agaknya ye?

Tak perlu melencong jauh, dalam rumah tangga saja dah cukup untuk jadikan contoh.

Orang lelaki terutama para suami kena faham bahasa badan wanita.

1. Tiba-tiba diam, tanya satu jawab satu. Mungkin isteri tu penat sangat. Mana tak penat, baru balik kerja terus sinsing lengan baju masuk dapur. Sambil masak, sambil mandikan anak. Ada tu sambil masukkan kain dalam mesin basuh.

2. Tiba-tiba dengar suara menjerit sampai terkejut En.suami tengah layan Fb. Hihi.. Bertenang para suami, jangan dimarah isteri jerit-jerit. Dia bukan sengaja nak jerit, spontan tu sebab pinggan terjatuh pecah berderai. Kelam kabut nak ke mana? Nak ke hati suami jugak.😄

3. Diam lama dalam bilik sorang-sorang. Ni kena ambil tahu, jangan sampai isteri jadi murung. Kalau isteri tengah khusuk lipat kain, tak apa biarkan. Yang tak syok bila stress tahap gaban orang kata, kat suami pun dia tak boleh cerita. Dok menangis sesorang. Ni kalau yang kuat iman, menangis kat sejadah. 1-2 jam ok la. Kalau yang lemah iman, akan berlarutan murung. Ini yang bahaya.

Ini antara contoh. Lain orang lain ragam. ðŸ˜Š

Jadi, kuatkan hati wahai sahabat wanitaku. Andai rasa kepenatan, berehat lah seketika.
Lelaki yang hebat ialah yang peka dengan perubahan isteri dan turut sama membantu meringankan kerja rumah.

Sekian buat renungan bersama. ðŸ˜Š

Thursday, June 13, 2019

Soal hati wanita

Berbicara soal hati dengan wanita dewasa yang dipanggil kakak.

Isu orang tua yang suka merajuk dengan anak, hanya kerana hal yang kecil.

'Usahkan orang tua, kita yang tak berapa tua ni pun kadang-kadang cepat sensitif dengan suami dan anak.' Begitulah luahan hati wanita yang bergelar isteri dan ibu.

Bila usia makin banyak, ujian hati makin kerap dilalui.

Pernah suatu ketika terdengar luahan orang tua, 'kalau mak kecil hati takut anak berdosa.'

Tak kurang juga seorang isteri pernah terfikir hal yang sama, 'kalau aku kecil hati dengan suami, takut suami berdosa.'

Dilema wanita bergelar ibu dan isteri. Mahu jaga hati anak, nak jaga hati suami. Nak jaga hati semua saudara juga. Kadang-kadang hati sendiri tak terjaga. Sedih kan..

Adakala tindakan atau kata-kata kita boleh sebabkan orang terdekat kecil hati. Tanpa kita sedari. Jika tersedar segera minta maaf agar tak berlanjutan.

Sama juga bila kita terasa hati. Lumrah hidup memang begitu, tak selalu tenang. Namun berusahalah untuk tidak berterusan dalam keadaan sakit hati.

Sementara usia masih muda, usahalah rawat hati. Muhasabah diri.

Soal orang tua, kita harus akur sebab kita juga akan tua jika panjang usia. Jagalah hati mereka pula sebagaimana mereka jaga hati kita masa kita kecil.

Wallahu'alam.

#notapagi
#muhasabahdiri

Wednesday, June 12, 2019

8 Syawal = Raya 6

Alhamdulillah, dah 8 Syawal. Baru sempat update kat sini.

Hari ni Raya 6 bagi penduduk di Besut, terutama di kampungku, Kg. Amir. Tak pasti kampung lain ada juga ke tak.

Bermaksud, selepas 6 hari puasa sunat Syawal,  dipanggil Raya 6. Bukan raya ke-6. Simboliknya begitu walaupun tak habis puasa 6. Biasanya orang tua dulu-dulu akan mula puasa Syawal pada 2 Syawal hingga 7 Syawal. 8 Syawal sambut Raya 6.

Teringat bila adik share gambar suasana di kubur dalam group family. Terus tulis sementara tengah fresh.

Biasanya saudara jauh yang tak sempat balik raya pertama, akan balik Raya 6 untuk ziarah kubur. Di samping ziarah kubur, mereka ambil kesempatan beraya dengan saudara mara.

Zaman sekolah rendah dulu, tahun 80an, Cikgu akan lepaskan murid sekolah dalam 1/2 jam untuk beraya dekat masjid yang berhadapan kubur. Sekolah berdekatan masjid dan kubur. Juga dekat dengan rumahku.

Kat depan masjid tu ada wakaf. Kat wakaf ni la orang ramai berkumpul. Ada yang bawa makanan untuk sedekah pada kanak-kanak. Seronok sangat zaman ni, dapat keluar ramai-ramai masa rehat, dapat makan free dan yang paling seronok dapat duit raya.

Sekarang kurang pasti masih ada lagi ke tidak budaya ni.

Satu lagi yang tak pasti, budaya ni hanya ada di Kg. Amir atau kampung lain juga. Baru terfikir nak kaji.

Alfatihah buat semua arwah, ayah, tok, tok wan dan lain-lain. Moga roh mereka tenang di sana. Aamiin.

Besut
Terengganu

Tuesday, May 7, 2019

Cerita bulan puasa

Bulan puasa ni asyik post pasal menu berbuka je ye...😄

Akak nak cerita jugak, tapi bukan menu buka puasa. Pasal jualan juadah berbuka puasa mak kita jual suatu ketika dulu. Eh! Nostalgia lagi. Hihi..

Dulu mak niaga depan rumah. Hari biasa, dok goreng pisang. Bulan puasa jual juadah berbuka. Meriahnya la zaman tu. Lepas sekolah tolong mak kat kedai. Ada makanan mak beli kat pasar, ada yang buat sendiri.

Pagi-pagi mak keluar beli barang jualan kat pasar, termasuk sayur-sayur & barang keperluan harian.




Kerabu sare (rumpai laut yang diletak sambal ikan & cili), makanan orang pantai timur. Sedappp. Yang ni mak beli kat pasar, balik jual kat kedai depan rumah.









Sagupal - kuih sagu, inti kacang hijau. Yang ni mak buat sendiri.









Cendol & sagu (kosong) - ni pun kadang2 mak buat.






Onde-onde - atau buah melaka. yang ni siap masak depan pelanggan. Akak la tukang gentel. Hihi








Puteri mandi - siapa tak tau kuih ni?

😄


Apa lagi ye? Banyak sangat, tak ingat la pulak...biasanya bertukar-tukar menu.

Itu la cerita mak kita suatu ketika dulu. Baru lepas sembang dengan customer orang kampung tadi. Dia tanya anak siapa? Cakap anak Mok Cik Doh yang jual goreng pisang Kampung Amer, kenal je mak kita. ðŸ˜„
Ok la, sambung kerja ye...jangan terliur dulu. ðŸ˜ŠðŸ˜Š


Sunday, May 5, 2019

KAHWIN! KAHWIN! KAHWIN! BUSANA UNTUK DISEWA.

Dress songket lace - warna Nude, dari Butik Auralisha.

Model : Zahnita


Baju yang sama dipakai oleh pelanggan Auralisha Bridal, Syira.
Make up oleh : MUA Hanna Syafeena


Pelanggan lain, Anis menggayakan busana yang sama.


Sewa busana lelaki & perempuan.
Termasuk aksesori lengkap.
Veil - Crown - rantai - kasut (saiz standard) - bunga tangan.
Sampin - tanjak - keris - brooch - rantai.

Sewa : maksimum 5 hari.
PROMO RAYA, RM500 sahaja. Hingga 16/6/19.
Harga asal, RM700.
Nak servis make up, ada cost tambahan.

Booking date SEKARANG! Cuma RM100. 
Baki boleh bayar ansuran. Bayaran akhir termasuk cagaran RM200 pada hari baju diambil.
Ada FREEGIFT jugak untuk pengantin baru.

Semua urusan di Butik Auralisha, Taman Permata, Ulu Kelang, KL
Berminat? Wasap : 011-15260775.

Thursday, April 18, 2019

Cerita si kecil

Anak sekecil ini tak mengerti apa-apa. Dia hanya gembira dengan dunianya. Menangis bila lapar dan dahaga. Menangis bila ibu tiada di sisi. Menangis bila ayah tinggalkan seketika.




Kurniaan Ilahi yang tak ternilai. Amanah Allah yang wajib dijaga sepenuhnya. 6 tahun menanti kehadiran. Hadirnya ia ditatang bagai minyak yang penuh. Alhamdulillah syukur pada Ilahi berpeluang menjaga dan menguruskan sendiri suami isteri.




Sejak berumur 1 tahun, sudah biasa dibawa ke pameran pengantin, ikut Ummi dan Abi bekerja. Ceria sepanjang masa. Minat beraksi gaya model. Makin besar, sifat mula berubah. Pemalu orangnya. Tapi suka beraksi depan fotografer. Kini sudah 9 tahun usianya. Itu lah Alisha.






Gambar kenangan bersama Amira Rusli sewaktu majlis perasmian Butik Aura Raja Sehari di Kota Damansara, tahun 2015.

TAHUN BARU HIJRAH 1443

  Gambar hiasan Assalamualaikum w.b.t. Lamanya tinggalkan ruang ni. Mungkin ini kesan dari pandemik covid19 yang masih menguasai seluruh dun...